Gerakkan Jentera Semua Peringkat, Bersedia Hadapi PRU

Musa-Aman-Arah-uumno-sabah-Bersedia-hadapi-pru.jpg

Gerakkan Jentera Semua Peringkat gau hadapi PRU - Musa Aman

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman meminta semua peringkat pimpinan Umno di Sabah mempertingkatkan gerak kerja mendekati ahli peringkat akar umbi, bagi menentukan kemenangan dalam Piihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Pada masa sama, beliau mahu kerjasama dengan rakan komponen Barisan Nasional (BN) diperhebatkan lagi supaya Sabah kekal sebagai penyumbang kepada kemenangan dua pertiga BN kelak.

“Seperti ditekankan dalam ucapan dasar Presiden, beliau meminta kita bersiap- sedia hadapi PRU. Jadi kita di Sabah, awal-awal lagi sudah pun turun padang dan berjumpa dengan rakyat.

“Saya juga ingatkan sayap-sayap Wanita, Puteri dan Pemuda supaya teruskan usaha dan tingkatkan pendekatan (pendekati rakyat) kerana pucuk pimpinan sudah memberi isyarat perlunya kita bersatu padu dan saling membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, di PWTC di sini.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah menghargai pengiktirafan pucuk pimpinan terhadap kekuatan Umno Sabah, termasuk dari segi keahlian.

Dalam ucapan perasmiannya, Najib mengucapkan tahniah kepada Musa atas pencapaian cemerlang yang membawa kepada kekuatan Umno, sambil merujuk Umno Sabah dengan 25 bahagian mempunyai keahlian paling ramai, iaitu 561,617 orang.

Umno cawangan Kampung Batu Putih Darat dalam Bahagian Libaran pula diiktiraf sebagai cawangan mempunyai ahli teramai iaitu 2,371 orang, manakala di peringkat Umno Bahagian, Silam memiliki keahlian tertinggi iaitu 51,902 orang.

Musa berkata pencapaian mencatat keahlian teramai pada peringkat cawangan, bahagian dan negeri, terhasil daripada kerja keras pemimpin dan ahliahli parti di semua peringkat.

“Kita di Sabah sedar bahawa Umno adalah parti terbaik untuk semua yang berjasa membela nasib rakyat, memajukan negeri dan negara kita.

“Justeru, tiada sebab kita tidak sokong kepada Umno dan BN. Yang penting, kita semua tingkatkan kerjasama dan bersatu hati, jalankan tugas seperti diarahkan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya.

Loading...
scroll to top