Biarkan Pembangkang Seperti Luncai Terjun Dengan Labunya

Jamawi-Jaafar.jpg

Jamawi Jaafar

KUALA LUMPUR: Kajian sebuah badan kononnya tahap sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan merosot sehingga 25 peratus tidak lebih sekadar usaha pembangkang bagi mengalihkan pelbagai isu dan kemelut yang mencengkam parti pembangkang ketika ini, kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar.

Dapatan hasil kajian berkenaan, katanya terdedah kepada dipertikaikan kerana ia dilaksanakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Invoke, yang diselaraskan oleh Ahli Parlimen Pandan, yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

“Biarlah beliau dengan dakwaan tersebut…kalau nak buat kajian dan macam-macam kajian sesiapa pun boleh buat dan biarkanlah mereka sebegitu… bak luncai yang terjun dengan labu-labunya,” ujarnya yang mempertikaikan dapatan kajian berkenaan.

“Mereka boleh kaji dan kata apa pun sebab tujuan mereka hanya nak alih isu. Dengan isu siapa bakal calon PM dalam kalangan mereka, kemelut dalam PPBM serta kewujudan kem-kem tertentu di dalam PKR, projek mewah DAP menambahkan lagi barah dalam pakatan pembangkang,” katanya.

Loading...
scroll to top