Buat apa kristiankan orang Vatican ?

Naib presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony marah betul dengan Duta Besar Malaysia ke Vatican City, Albania dan Malta, Tan Sri Bernard Dompok.

“Ini UPKO dilantik sebagai menteri mewakili vatican. Yang dia kasih.. mau kasih kristian ini adalah di Vatican. Sepatut kalau dia dilantik sebagai menteri.. Dia kasih orang-orang jadi orang kristian di negeri Malaysia kita ini”

Kenyataan Peter Anthony yang juga Presiden KDM Malaysia amat memalukan kerana jelas mengelirukan Sabahan terutama masyarakat di Matunggong.

1. Bernard Dompok tidak pernah dilantik sebagai menteri seperti calam ucapannya tetapi dilantik sebagaiu DUTA BESAR MALAYSIA.
2. Peranan sebagai Duta Besar ke Vatican City sama seperti Duta Besar di negara yang lain untuk menjalinkan hubungan diplomatik.

Bila Masa Bernard Dompok Dilantik Menteri ?

Keratan Akhbar Utusan Borneo menyatakan Tan Sri Bernard Dompok dilantik sebagai DUTA BESAR MALAYSIA

Dalam perkembangan berkaitan, seorang veteran UMNO Sabah, Abdul Jalil Abdul Ghani membuat laporan polis terhadap Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony kerana didakwa memainkan sentimen perkauman dan keagamaan ketika berucap dalam majlis di Matunggong pada 14 Feb lepas.

Rakaman video ucapan Peter itu telah disebarkan melalui laman Facebook, katanya.

Dalam video itu, beliau berkata Peter mempersoalkan bangsa Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan keluarganya serta tindakan kerajaan melantik Tan Sri Bernard Dompok sebagai duta ke Vatican City.

Abdul Jalil berkataPeterjuga cuba membangkit semangat prejudis dalam kalangan masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus kononnya masyarakat itu tidak melalui prosedur yang betul dalam memohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin ketika presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi menteri kabinet.

“Saya minta polis menyiasat tindakan Datuk Peter mencetuskan kebencian perkauman dan keagamaan. Ini satu permainan bahaya.

“Saya buat laporan polis agar tiada parti politik di Sabah atau di mana sahaja di Malaysia memainkan sentimen perkauman dan keagamaan,” katanya di Bernama.

Loading...

Leave a Reply

arrow