Bumis Sabah Bersatu Penyokong Kuat BN Di Sabah

Pandikar-Amin-hj-Mulia-Presiden-USBO.jpg

Presiden Pertubuhan Bumis Sabah (Usbo), Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia

KUNAK, 18 Jun – Timbalan Presiden I Pertubuhan Bumis Sabah Bersatu (USBO), Datuk Salsidu Ibrahim berkata USBO merupakan penyokong kuat kepimpinan Barisan Nasional (BN) di negara ini, khususnya Sabah.

(Bumis bermaksud etnik Bajau, Ubian, Melayu, Iranun dan Suluk)

Katanya, jika ada jelajah dilaksanakan USBO itu dilakukan sebagai membantu BN dalam memperjelaskan kekeliruan isu-isu terkini kepada masyarakat.

“Jangan ada yang salah faham mengenai jelajah kami…kami buat kerja untuk kebaikan BN dan secara tidak langsung untuk kepimpinan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama Presiden USBO Tan Sri Pandikar Amin di perkarangan Masjid Lormalong di sini, hari ini. Pada majlis itu Pandikar menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 250 ibu tunggal di sekitar Kunak.

Sementara itu, Salsidu berkata apabila bekas Presiden USBO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak melepaskan jawatannya kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia, ia merupakan pilihan yang tepat.

“USBO dipimpin seorang tokoh yang berwawasan, berpengalaman dalam politik, dia tahu menilai keadaan, tahu mengimbangi keadaan dalam satu-satu isu,” katanya lagi.

–BERNAMA

Loading...
scroll to top