“Calon berpotensi sedia bertanding di DUN dan Parlimen di Sabah” – Presiden Harapan

Harapan-Rakyat-Terus-Menjadi-Pilihan-Rakyat.jpg

Nordin Khani dan Bardin Hakmad, serah borang keahlian

Kota Kinabalu : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) sudah mengenal pasti calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Presidennya, Datuk Seri Lajim Ukin selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti di pejabatnya disini,kelmarin.

Lajim berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa calon berpotensi yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

“Selain calon, kita juga sudah mengenalpasti kawasan berpotensi untuk bertanding dan akan turut mengadakan perbincangan bersama ahli gabungan parti pembangkang yang lain.

“Kita turut yakin semua calon yang akan bertanding mampu menarik sokongan pengundi dikawasan dikenalpasti,”katanya.

Hadir sama pada mesyuarat itu Timbalan-Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah.

Dalam perkembangan lain, Lajim berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah ke seluruh Sabah bermula Ahad ini.

“Siri jelajah ini akan bermula pada Ahad ini di Putatan dan akan berakhir penghujung April depan.

“Sudah pasti siri jelajah ini adalah untuk bertemu ahli dan rakyat bagi menerangkan visi,misi serta perjuangan parti menjelang PRU-14,”katanya.

Terdahulu, Lajim turut memaklumkan akan menerbitkan buletin bulanan untuk edaran ahli di seluruh bahagian.

Loading...
scroll to top