Dakwaan Lebih 3,000 Sertai Parti Warisan, Janganlah Menipu

Kenyataan-japiril-Suhaimin-Sapp-kundasang.jpg

KOTA KINABALU, 21/12/2016 – Dakwaan Seramai 3,650 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), PKR dan parti pembangkang di Sabah menyertai Parti Warisan Sabah oleh Naib presiden Parti Warisan Sabah, Junz Wong disangkal oleh Naib presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Japiril Suhaimin hari ini.

Wong mendakwa antara ahli baru yang menyertai Parti Warisan Sabah ialah 400 bekas ahli Umno cawangan Desa Aman, 50 ahli Parti Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Bersatu Sabah (150), Parti Maju Sabah (500), Parti Reformasi Negeri Sarawak (500), Parti Cinta Sabah (500) dan 1,550 lagi daripada PKR.

Bagaimanapun dakwaan seramai 500 orang ahli SAPP keluar parti dan menyertai Parti Warisan seperti tidak benar.

Dalam satu posting di laman facebook sebentar tadi, Japiril yang juga mantan calon Dun Kundasang pada PRU lalu mewakili parti SAPP bertanya kepada Wong dari mana jumlah 500 orang yang didakwanya kerana berdasarkan rekod SAPP Kundasang hanya mempunyai 232 ahli sahaja.

“Dari mana taktik ini ditiru – Janganlah menipu Junz Wong,” tambah Japiril.

Antara Respon pengguna di media Sosial :

Dalam perkembangan lain di Nabawan, seramai 900 Ahli PKR diketuai bekas calon PKR dalam pilihan raya umum 2008, Danny Anthony Andipai keluar parti dan menyertai PBRS.

Di Tuaran, seramai 156 orang diketuai Bekas MP Tuaran menyerahkan borang menyertai UPKO.

PERSOALAN: Apakah BENAR dakwaan yang dibuat Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Junz Wong iaitu lebih 3,000 orang menyertai parti  itu  atau semata-mata hanya untuk meraih sokongan ?

BACA JUGA: Kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal disangkal baru-baru ini.

Loading...
scroll to top