Debat Mahathir VS Nazri – UMNO VS UMNO

OLEH: MUSLI OLI

[dropcap color=”#dd3333″]A[/dropcap]papun skandal dan kepincangan Tun Mahathir selama 22 tahun ianya berlaku semasa beliau menjadi Perdana Menteri kepada kerajaan Barisan Nasional.[gap height=”20″]

Tun Mahathir adalah Presiden parti UMNO yang amat berpengaruh. Beliau tdk pernah dicabar sebagai Presiden selepas 1988 iaitu dalam Umno Baru. Mahathir sentiasa mendapat sokongan padu daripada golongan akar umbi dan pemimpin2Umno setiap lapisan termasuk daripada Nazri Aziz sendiri.[gap height=”20″]

Selepas memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia, Nazri tidak pernah bertanding jawatan tertinggi parti Umno, tetapi beliau mendapat layanan istimewa daripada Tun Mahathir. Selama 22 tahun Nazri adalah ‘orang penting’ dalam parti dan kerajaan. Nazri sentiasa dilantik sebagai AMKT Umno dan menteri penuh dalam kabinet Tun Mahathir.[gap height=”20″]

Kepada Mahathir, Nazri seorang yg berkebolehan dan berbakat untuk mempertahankan dirinya sebagai ketua. Dikalangan ahli parlimen dan pemimpin Umno, Nazri dipanggil “Cif”. Gelaran itu merupakan pengiktirafan terhadap status Nazri sebagai seorang yg berpengaruh dikalangan circle Tun Mahathir.[gap height=”20″]

Kesetiaan Nazri kepada ketuanya begitu konsisten. Bila Tun Mahathir diserang puak Reformasi, Nazri berada dibarisan depan pertahan Mahathir. Bila tiba masanya Mahathir serang Pak Lah, Nazri membela Pak Lah. Demikian halnya bila DS Najib diserang, Nazri bukan sahaja mempertahan Najib, malah menyerang Tun Mahathir.[gap height=”20″]

Tiada apa lagi yang Nazri mahu buktikan. Kesetiaannya kepada parti dan Ketua? Apa lagi? Statusnya sebagai kaki pukul?(panggilan Tun Mahathir kepada Nazri) . Atau Nazri ingin tunjukkan dan buktikan dia lebih bijak bila berdebat dan mengalahkan Tun Mahathir?[gap height=”20″]

Dalam debat itu, jika Nazri menang, yang kalah Umno. Jika Mahathir menang yang kalah Umno!!. Hakikatnya dalam perdebatan politik tiada pemenang diumumkan. Pemenang hanya diketahui selepas rakyat membuat keputusan dalam PRU. Apakah debat yg bakal berlangsung nanti boleh mempengaruhi keputusan rakyat untuk memihak kpd Nazri atau Mahathir?[gap height=”20″]

Memang benar, dalam debat pada 25 Mac itu nanti, Tun Mahathir akan mewakili parti pembangkang dengan kapasitinya sebagai Pengerusi PPBM (BERSATU). Namun hakikat sebenarnya bila Mahathir cabar Nazri berdebat isu2 1MDB dan lain2, Mahathir bukan mewakili mana2 organisasi jauh sekali mewakili parti pembangkang.[gap height=”20″]

Mahathir mewakili sebuah institusi iaitu dirinya sendiri. Mahathir mau mempertahankan egonya sebagai seorang bekas PM dan pemimpin Asia yg disegani satu ketika dulu. Tujuan Mahathir lebih bertujuan utk melemahkan pentadbiran PM Najib dan meneruskan tekanan supaya PM berundur.[gap height=”20″]

Jauh di sudut hati Mahathir dan pemimpin Bersatu yg lain seperti Muhyiddin, mereka bukan berniat untuk menjatuhkan Umno dan menukar kerajaan Persekutuan.[gap height=”20″]

Parti pembangkang lain seperti PKR, DAP dan Amanah sudah tentu akan menyokong Tun Mahathir. Dikalangan pemimpin dan golongan akar umbi Umno masih ramai yg menganggap Mahathir sebagai idola mereka. Siapa yg mendapat faedah daripada perdebatan itu?[gap height=”20″]

Tidakkah debat itu bakal menjadi pesta melondeh dan membogelkan Umno untuk tontonan umum? Tidakkah nanti bangsa lain membuat kesimpulan akhir, bangsa Melayu bukanlah pengurus yg baik dan pemimpin berintegriti.. Renung2kan…[gap height=”20″]

Loading...

Leave a Reply

arrow