Edwin Bosi digantung tugas Timb Pengerusi DAP Sabah

KOTA KINABALU:  Timbalan Pengerusi DAP negeri, Dr. Edwin Bosi digantung daripada menjalankan tugas-tugas parti bagi tempoh tiga bulan berkuatkuasa, semalam.

Perkara itu disahkan Setiausaha DAP negeri, Chan Foong Hin yang memberitahu, Bosi bagaimanapun masih boleh menjalankan tugas-tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan.

Menurutnya, Bosi yang masih dikekalkan jawatan dalam DAP negeri tidak boleh menyatakan pendirian atau pendapat buruk mengenai parti secara terbuka.

“Saya ada menghubungi Bosi menerusi aplikasi Whatsapp dengan menyertakan sekali surat penggantungan itu,” katanya.

Foong Hin memberitahu, beliau mengetahui mengenai penggantungan Bosi daripada e-mel yang dihantar kepadanya oleh Setiausaha Jawatankuasa Disiplin DAP pusat, Tai Sin Piau.

Selain beliau dan Bosi, ujarnya, surat itu turut dihantar kepada Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong.

Krisis melanda DAP Sabah timbul apabila Bosi membuat sidang akhbar pada hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) April lalu seolah-olah ‘mengugut’ barisan kepimpinan parti itu supaya mengekalkan beliau sebagai calon pada kerusi DUN Kepayan.

Ekoran tindakan Bosi itu, Jawatankuasa DAP negeri yang tidak mempunyai jawatankuasa disiplin terpaksa merujuk kepada Jawatankuasa Disiplin DAP Pusat berhubung kenyataan ADUN Kepayan itu.

Sementara itu, Bosi ketika dihubungi enggan menjawab sama ada menerima surat penggantungan tersebut sebaliknya memberitahu akan berbincang dengan pimpinan dan penyokong DAP Kepayan terlebih dahulu berhubung perkara tersebut (penggantungan).

Berita Berkaitan:

Loading...

Leave a Reply

Discussion

  1. Alias bin Andeng

    Inilah hakikat sebenarnya yang berlaku dalam kalangan parti-parti pembangkang. Tidak ada satu kebaikan pun untuk rakyat selain dari bercakaran sesama mereka, rebut kerusi sana dan sini, umpat mengumpat, masa mereka habis begitu sahaja tanpa ada sumbangan membela nasib rakyat. Amat malang bagi pengundi-pengundi yang memilih mereka kerana di saat rakyat di kawasan BN terus mengecapi kemajuan pembangunan dalam suasan harmoni.

arrow