Halimah Presiden Wanita Pertama Singapura

Halimah-presiden-pertama-singapura.jpg

Singapura: Bekas Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob bakal diumumkan sebagai presiden negara itu yang baru selepas tiada calon lain layak merebut jawatan yang dikhaskan untuk orang Melayu itu.

Akhbar Straits Times melaporkan, Halimah satu-satunya calon yang mendapat sijil kelayakan bertanding dikeluarkan Jawatan Kuasa Pemilihan Presiden.

Pengerusi firma perkapalan, Farid Khan, 61, dan ketua eksekutif syarikat hartanah, Salleh Marican, 67, tidak layak bertanding.

Halimah bakal diumumkan menang tanpa bertanding sekali gus menjadi presiden kelapan selepas tempoh penamaan calon ditutup tengah hari, esok.

Dia juga bakal menjadi presiden wanita pertama Singapura.

Farid dan Salleh tidak layak bertanding kerana tidak memenuhi syarat iaitu menerajui syarikat dengan ekuiti pemegang saham berjumlah S$500 juta (RM1.56 bilion) untuk tempoh tiga tahun terakhir.

Halimah dalam sidang media hari ini, meminta semua rakyat bekerjasama dengannya untuk menjadikan Singapura lebih kuat.

“Ada pilihan raya atau tidak, keazaman dan komitmen saya untuk berkhidmat untuk rakyat Singapura masih sama,” jelasnya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top