Harapan Rakyat Sahkan Tanding Kerusi Balung

Lajim-Belum-Cadang-Gabung-Dengan-Shafie.jpg

Datuk Seri Lajim Ukin

TAWAU: Parti Harapan Rakyat Sabah mengesahkan akan bertanding di kerusi Balung dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin, berkata parti itu akan bertanding hanya kerusi Balung bagi kawasan Parlimen Tawau ketika melancarkan cawangan parti itu di Tawau pada hari Ahad.

Sementara itu, mengenai dirinya yang digelar sebagai ‘katak besar’, beliau berkata beliau tidak melompat parti tetapi berhijrah kepada pihak lain.

Lajim berkata politik adalah seperti deposit dalam bank.

“Apabila nilai saham turun, salah satu keperluan untuk menukar bank.

Ia adalah untuk kepentingan terbaik rakyat, katanya.

Loading...
scroll to top