Henti Beli Wakil Rakyat, Kerajaan Campuran Masih Sah Kata Jeffrey

KOTA KINABALU 12 Mei – Kerajaan negeri campuran Barisan Nasional (BN) – Parti Solidariti Tanah Airku (Star) masih sah mengikut Perlembagaan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata, ini kerana kesemua wakil rakyat mereka telah mengangkat sumpah mengikut Perlembagaan, justeru perkara terbaik sekarang adalah semua parti bekerjasama bukannya melanggar Perlembagaan.

“Adakah anda rasa sesuai untuk melanggar Perlembagaan?

Kita sepatutnya menghormati mandat yang rakyat bagi, jangan mempermainkan hak rakyat, bagaimana Kerajaan Pusat boleh membuli kerajaan negeri sekarang, ini tidak baik untuk kestabilan negara,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Kabinet negeri hari ini.

Menurut Jeffrey, ketika kerajaan campuran mengangkat sumpah, Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak mempunyai majoriti justeru mereka perlu menghentikan tindakan membeli wakil rakyat menyertai parti itu.

“Sekarang mereka mahu lari sana, lari sini, kita mesti hentikan kalau mahu lihat kemajuan dan kestabilan negara, biarlah negara terus ke depan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply

arrow