Isu Royalti: Shafie jawab lepas bercakap dengan Dr Mahathir

Shafie-Apdal-royalti-20-peratus.jpg

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal enggan mengulas pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pengagihan keuntungan untuk negeri-negeri pengeluar minyak.

Pengumuman perdana menteri dilihat bercanggah dengan kenyataan sebelum ini.

Pada Khamis, Dr Mahathir mengumumkan di Parlimen bahawa kerajaan persekutuan Pakatan Harapan akan memenuhi janji memberikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Beliau kemudian berkata pembayaran 20% itu berdasarkan keuntungan dan bukan jualan kasar.

Bercakap kepada pemberita di Kota Kinabalu semalam, Shafie berkata dia hanya akan menjawab soalan tentang kenyataan Dr Mahathir itu selepas perbincangan lanjut dengan perdana menteri.

“Saya akan beritahu kemudian. Saya perlu dapatkan butiran. Saya akan bercakap dengan Dr Mahathir,” katanya.

Loading...
scroll to top