Jadikan Puteri pentas generasi muda

Jadikan-Puteri-pentas-generasi-muda.jpg

Jadikan Puteri pentas generasi mudaBEAUFORT: Jadikan pergerakan Puteri sebagai pentas kepada generasi muda bagi meluahkan pandangan ke arah memperkukuh dan memantapkan parti.

Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata pergerakan itu perlu sentiasa mendekati dan mendampingi rakyat khususnya generasi muda.

“Kita mahu Puteri bergerak aktif khususnya dalam mendekati dan mendampingi generasi musa dan pada masa yang sama kita mahukan pergerakan itu menjadi pentas kepada generasi muda untuk meluahkan atau melontarkan pandangan ke arah memperkukuh dan mempermantapkan parti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Puteri Umno Beaufort, di sini kelmarin.

Katanya Umno sentiasa memberikan perhatian kepada pandangan yang disuarakan oleh generasi muda.

“Kita turut memberi perhatian kepada pandangan yang disuarakan oleh generasi muda dan kerana itulah kita mahu Puteri memainkan peranannya dengan lebih aktif,” katanya.

Beliau berkata selain sebagai pentas kepada generasi muda, Puteri juga memainkan peranan penting dalam memastikan Umno terus relevan kepada rakyat.

“Langkah kita untuk mendekati, mendampingi dan memesrai generasi muda juga bertujuan memastikan mereka tidak diperguna atau diperalatkan oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang,” katanya.

Menurutnya terdapat segelintir generasi muda telah terpedaya dan telah diperguna serta diperalatkan oleh pembangkang. Katanya generasi muda itu yang lebih didekatkan dengan fitnah dan dakyah menuruti apa yang dikehendaki oleh pembangkang.

“Kita tidak mahu perkara seumpama ini terus berlaku dan kerana itu Puteri perlu berusaha lebih bagi mendekati, mendampingi dan memesrai generasi muda.

“Fakta yang tepat dan benar perlu disalurkan kepada generasi muda agar mereka boleh mengelak daripada terus diperguna dan diperalatkan,” katanya.

Isnin juga meminta agar anggota Puteri memperkukuhkan lagi persefahaman dan meningkatkan semangat kerjasama sedia ada. Katanya Puteri perlu bergerak seiring dan bersama bukan hanya dengan barisan kepimpinan Umno bahagian tetapi dalam kalangan mereka sendiri.

“Apa juga masalah yang dihadapi perlulah diperbincangkan dengan semangat kekeluargaan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top