JANGAN BURU-BURU TANGKAP NASIONALIS – JAMES MASING

Presiden PRS dan menteri Sarawak,  Tan Sri Dr James Masing meminta Perdana Menteri  berhati-hati dengan amarannya untuk guna kuasa penuh undang-undang  terhadap puak yang didakwa mendesak untuk keluarkan Sarawak dan Sabah dari Malaysia.

Menurut Masing, kerajaan jangan terburu-buru dalam tindakannya tangkap dan  penjara aktivis-aktivis yang mencadang perpisahan tanpa terlebih dahulu mendengar rungutan mereka  dan mengkaji kenapa mereka bertindak menuntut berpisah daripada Persekutuan.

“Jangan bunuh pembawa khabar, kerana kita tidak akan tahu apa berita yang dibawanya” (Don’t kill the messenger or else we may miss the message),  Kata  Masing, sebagai reaksinya terhadap ucapan  Hari Malaysia,  Datuk Seri Najib Razak di Miri, malam Selasa,  yang memberi amaran akan menggunakan kuasa undang-undang mengambil tindakan keras terhadap kumpulan nasionalis Sabah dan Sarawak itu.

Datuk James adalah pemimpin yang berpengaruh dalam BN Sarawak. Partinya PRS merupakan parti kedua terbesar selepas PBB . Menurutnya setakat ini tindakan kumpulan yang mahu berpisah itu tidak lebih daripada sekadar  “bunyi guruh dan kilat sabung menyabung  tapi hujan tak turun”.

Sungguhpun ketidakpuasan hati dengan Malaysia itu dianggap sekadar cakap-cakap, namun  tidak wajar jika PM Najib mengambil mudah sentiment tersebut, tambahnya lagi.

“Kita harus melihat dan mengkaji tuntutan rasa tidak puas hati mereka dan mencari jalan untuk penyelesaian jika tuntutan itu wajar” Tegas Masing.

Dalam perkembangan lain Pengerusi PKR Negeri,  YB Baru Bian, dalam amanat  Malaysia Day memberi amaran bahawa  “suara Sarawak dan Sabah mendesak untuk berpisah akan bertambah dari segi sokongan dan kekuatan jika lebih banyak terbongkarnya janji-janji yang dimungkiri dalam Perjanjian Malaysia”.

Baru berkata rasa tidak puas hati terhadap layanan tidak adil Putrajaya terhadap Sarawak telah menyebabkan kemunculan suara-suara yang mendesak untuk keluar daripada Malaysia daripada  Sovereignty Movement, Sarawak for Sarawakians and Sarawak Association for Peoples Aspiration (SAPA).

Di Sabah, kumpulan yang aktif adalah SSKM yang diketuai Doris Jones.

Loading...
scroll to top