Jangan jual Shafie Apdal seperti jual besi buruk di Sabah

Shafie-cium-tangan-dr-m-sebagai-tanda-hormat.jpg

“Mereka jual Shafie Apdal seperti jual besi buruk”. Itulah ayat saya kpd seorang kawan semasa sembang2 di hari raya terbuka di Sutera Harbour petang semalam. Beliau satu ketika dulu begitu rapat dgn DSSA. “Saya heran mcmana aktivis PKR spt Ismaily Bungsu boleh dilantik pegawai komunikasi DS Shafie?” Saya tanya.

Saya berhujah Shafie sepatutnya membuat team sendiri dan fokus kpd isu2 yg menyebabkan dia digantung dan kenapa dia meletakkan jawatan dari Umno. Kenapa dia menentang kepimpinan Najib dalam Isu 1MDB dan isu 2.6 bilion. Shafie jgn terbawa2 dgn isu dan slogan pembangkang Sabah spt slogan “Sabah for Sabahan” kerana itu bukan imej Shafie.

Suara sabah

Foto: Kepimpinan USBO bersama Perdana Menteri

Dlm UMNO Shafie pernah jadi org no 3 dan pendokong utama kpd politik ketuanan Melayu. Tdk pernah dlm sejarah dia berucap di PWTC atau majlis Umno menyebut soal hak2 negeri Sabah seperti Perkara 20 dan sebagainya. Dia dikenali bukan pemimpin Sabah yg lantang bercakap soal hak Sabah.

Bagaimana Shafie jadi pejuang Sabah sdgkan semasa menteri KKLW dia melantik agensi Pusat spt FELCRA sbg pelaksana projek Persekutuan di Sabah. Kenapa tidak melantik agensi dan/atau GLC negeri sdgkan itu bidang kuasanya sbg menteri?

Imej Shafie seorang pemimpin nasional dan dia seharusnya fokus menjaja imej itu bukan dia dijaja spt besi buruk oleh aktivis pembangkang. Shafie tdk mungkin sekelip mata jadi hero Sabah spt Tun Mustapha atau Tun Fuad Stephen. Atau setaraf dgn imej Pairin dan Dr Jeffrey. Malah Lajim Ukin gagal membawa isu2 Sabah walaupun dia sekarang menjadi Ketua Pembangkang di Sabah.

Shafie tetap Shafie. Dia harus terima hakikat bahawa dia bukan pejuang hak2 Sabah. Pengikut2 nya juga perlu sedar hakikat itu. Jika perjuangan Sabah for Sabahan tidak dijiwai, ia nampak kaku dan janggal. Lagipun Shafie seorang pemimpin yg lemah lembut dan sopan santun. Dia tiada karakter keras spt Anwar Ibrahim atau Harris Salleh, karakter yg sesuai utk menarik sokongan memperjuangkan hak2 Sabah.

“Orang2 seperti Ismaily Bungsu self appointed bah tu bro. Saya tdk fikir Shafie lantik”. Jawap kawan yg berpangkat Dato itu. Dia bersetuju Shafie harus fokus kpd isu pokok iaitu isu nasional bukan isu negeri.

Perjuangan Shafie mesti selaras dengan isu2 yg dibangkitkan Tun Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan lain2 bukan terikut2 dgn isu2 yg dibawa Dr Jeffrey, Bumburing dan PKR Sabah. Kalau Shafie ada angan2 untuk mengetuai parti2 pembangkang di Sabah bagus lupakan sahaja niat itu.

Sokongan rakyat Sabah terutama di kawasan bumiputera Islam masih kukuh kpd UMNO. Kepimpinan negeri yg diketuai Datuk Musa Aman masih utuh dan belum ada isu2 yg menyebabkan rakyat Sabah memberontak seperti yg berlaku pada tahun 1985 ketika Harris menyerah Pulau Labuan kpd Federal.

Saya fikir Shafie tidak perlu mencipta lebih ramai musuh di Sabah. Cukuplah di peringkat Pusat. Dia sepatutnya meraih simpati daripada penyokong2 USBO yg merupakan pendokong setia Umno bukan menjadikan mereka seteru dan musuh.

Saya percaya Shafie akan dapat simpati rakyat di kawasannya dan kawasan2 sekitar jika beliau pertahankan prinsipnya yang tdk bersetuju dgn PM Najib dalam isu2 nasional spt 1MDB. Barangkali dia akan pertahan kerusi Semporna dan mungkin dapat tawan satu dua kerusi parlimen lagi yg bakal mengugat BN di peringkat Parlimen.

Loading...
Musli Oli

Musli Oli

Penulis Politik Bebas. Saya Menulis Untuk Rakyat BUKAN Untuk Mana-mana Parti Politik. "Dilema Sabah" Buku Tulisan Untuk Memberi Kesedaran Kepada Semua.

scroll to top