Jawapan ketua Pemuda PAS Sabah terhadap kenyataan Dato Alwi 5% royalti hanya mitos

Berita-Politik-Sabah-hari-ini.jpg

Berita Politik Sabah hari ini

Jawapan kepada Datuk Che Alwi berkenaan 3 batu Nautikal

Saya merujuk kenyataan Datuk Mohd Alwi yang mengaitkan pembayaran tunai yang dikaitkan royalti tertakluk kepada 3 Batu Nautika.

Sumber : Nasional – Sinar Harian –http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/royalti-petroleum-hanya-mitos-1.316737

Kuasa mengehadkan sempadan negeri kepada 3 batu nautikal tidak datang dari Akta Pembangunan Petrolium 1974, tetapi ia datang daripada Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No. 7 1969.

“4. (2) Bagi tujuan Akta Pelantar Benua 1966, Akta Perlombongan 1966, Kanun Tanah Negara, dan Undang-undang bertulis berkenaan Tanah yang dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan perairan wilayah dalamnya hendaklah berhubung dengan mana-mana wilayah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai apa-apa bahagian laut yang bersebelahan dengan pantai itu tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari paras air surut.”

Apabila Perdana Menteri telah mengumumkan penamatan Proklomasi Darurat yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 24 November 2011, maka mengikut Perkara 150 (7) Perlembagaan Persekutuan, semua undang-undang yang digubal di bawah ordinan Darurat termasuk penentuan 3 batu Nautikal akan habis tempoh dalam masa enam bulan.

Oleh kerana itulah diwujudkan Akta Wilayah Laut 2012 (Akta 750), yang diluluskan pada April 2012 diwartakan pada 22 Jun 2012.

Kuasa menghadkan kepada 3 batu nautikal hanya disalin semula daripada sekyen 4 (2) dalam Ordinan Darurat yang ke dalam seksyen 3(3)

“Bagi tujuan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], Akta Perlombongan 1966 [Akta 95], Kanun Tanah Negara [Akta 55/56], dan Undang-undang bertulis berkenaan Tanah yang dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan perairan wilayah dalamnya hendaklah berhubung dengan mana-mana wilayah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai apa-apa bahagian laut yang bersebelahan dengan pantai itu tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari paras air surut. “

Persoalannya timbul adakah undang-undang ini sah?

Pertama, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan;
Artikel 2 (b) “mengubah sempadan mana-mana Negeri, tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.”

Persoalan pertama adakah undang-undang ini telah melalui Badan Perundangan Negeri dan Majlis Raja-Raja?

Keduanya,
Menurut Artikel 76 Perlembagaan
“Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu.
(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri, tetapi hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:
(a) bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain, atau apa-apa keputusan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan; atau
(b) bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang antara dua Negeri atau lebih; atau
(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana Negeri.”

Persoalan kedua kini adakah perubahan sempadan ini telah melalui Dewan Undangan Negeri terbabit? Jelas juga kerajaan Umno dan BN telah melangkaui kuasanya dalam membuat undang-undang berkaitan negeri.

Maka berdasarkan keadaan-keadaan ini, Undang-undang mengehadkan wilayah laut negeri kepada 3 batu nautikal melalui Akta 750 adalah bertentangan dengan Perlembagaan. Dan ia adalah satu usaha kerajaan di bawah Umno dan BN merampas wilayah laut negeri dan semua sumber asli di dalamnya.

Dalam hal ini kerajaan negeri boleh melalui DUN menolak Perlaksanaan Akta ini di negeri masing-masing dan boleh mengheret kerajaan Umno dan BN Ke Mahkamah.

sekian,

Lahirul Latigu

Loading...
scroll to top