Jelani cadang Langkon, Sikuati, Kanibongan disenaraikan

Jelani-cadang-Langkon-Sikuati-Kanibongan-disenaraikan.jpg

Datuk Jelani Hamdan

Datuk Jelani Hamdan

Datuk Jelani Hamdan

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong Datuk Jelani Hamdan mencadangkan supaya kawasan Langkon, Sikuati dan Kanibongan di Utara Sabah dapat dipertimbangkan dalam senarai persempadanan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Beliau juga mencadangkan agar peruntukan enam lantikan jawatan DUN yang tidak diisi selama ini dilantik dengan mengambil kira etnik yang tiada wakil dalam DUN seperi suku kaum Kimaragang, Tobilung dan sebagainya.

“Saya harap perkara ini dapat diambil kira dan dipertimbangkan,” katanya membahas Rang UndangUndang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2016 bagi menambah kerusi ahli DUN daripada 60 kepada 73 pada persidangan DUN Sabah, kelmarin.

Sementara itu, Adun Bingkor Datuk Dr Jeffrey Kitingan mencadangkan agar 13 persempadanan baru DUN Sabah dapat diagihkan di kawasan pedalaman Sabah memandangkan banyak kawasan DUN sedia ada mempunyai kawasan yang sangat luas.

“Contohnya, di Tambunan memerlukan tambahan satu lagi kerusi DUN,” katanya.

Loading...
scroll to top