Checkmate ! Julfazli Berhalusinasi

Checkmate-Julfazli-ada-sebab-baginya-serang-PM-CM-1.png

Julfazli Shi Ahmad paparan yang dimuatnaik di media sosial yang bersifat khayalan dan halusinasi menarik perhatian Parti DAP Sabah da ditawarkan jawatan dalam parti itu.

Tidak dapat dinafikan tidak pengikut fanatik mantan menteri KKLW yang digugurkan, Datuk Seri Shafie Apdal tidak henti-henti menyerang pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Melabelkan pemimpin tertentu sebagai tidak bijak, bodoh dan gagal adalah perkara biasa bagi Julfazli Shi Ahmad yang mengaku apa yang dilakukannya adalah untuk menyelamatkan Sabah namun ianya tidak jelas samaada ia benar atau tujuannya mencari jalan pintas untuk berpolitik.

Awal kemunculannya dia dianggap seperti permata yang menyinar kerana keberaniannya menyuarakan pandangannya secara terbuka di media sosial.

Namun semakin hari ia menjadi semakin malap dan akhirnya bertukar menjadi batu di jalanan kerana apa yang disuarakannya hari ini adalah demi kepentingan peribadi dan politiknya.

Jika diamati pada setiap posting yang dibuatnya dia seperti berhalusinasi dengan menganggap hanya dia seorang yang betul dan apabila ada individu yang cuba berdebat secara ilmiah di ruangan komen, dia gagal memberikan hujah sebaliknya menuduh individu tersebut sebagai pengampu kepada kerajaan.

Jika begitu maka tidak salah jika ada yang mengatakan tindakan anak muda berasal dari Semporna ini sedang mengampu Presiden Parti WARISAN Sabah untuk diberikan ruang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Selepas DS Shafie Apdal keluar UMNO dan tubuh Parti Warisan Sabah Julfazli mulai promosikan Parti Warisan dalam perjuangannya. Satu perancangan yang teratur. Adakah semua ini dilakukan secara percuma ?

Rakyat Sabah terutama golongan muda sudah semakin bijak dan tidak akan terpengaruh dengan kata-kata hasutan dan tuduhan tidak masuk akal. Hanya segelintir penyokong pembangkang yang menyokong tindakannya kerana kepentingan masing-masing.

Sekalipun mahu mengkritik tiada salahnya tapi bukan dengan membuka satu mata untuk mencari dan mencipta pelbagai tuduhan sementara mata yang satu ditutup seolah-olah tiada sebarang kemajuan yang berlaku di negara ini.

Tulisan terbaru Julfazli yang menuduh Ketua Menteri menahan baucer BR1M bapanya adalah sangat lucu dan syok sendiri bukankah LHDN yang menguruskan itu ? Bukankah anda pernah berkata BR1M itu rasuah dan gula-gula dari kerajaan ? Dia sedang berhalusinasi sedang diperhatikan dan semua orang yang tidak bersetuju dengannya adalah musuhnya.

Kenapa Julfazli Shi Ahmad hanya menyerang Perdana Menteri  dan Ketua Menteri Sabah  ?

  • Perdana Menteri yang telah menggugurkan DS Shafie Apdal dari jawatan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta menggantung keahliannya dalam UMNO selepas dipersetujui dalam mesyuarat.
  • Umum mengetahui DS Shafie Apdal sejak dulu mahu menjadi Ketua Menteri Sabah tetapi niatnya terhalang kerana tidak mampu menyaingi kredibiliti DS Musa Aman yang terbukti lebih mendapat kepercayaan berbanding dirinya.

Anak muda yang mendakwa memiliki kelulusan Master Sains Politik  ini seperti sudah diprogram untuk mencari apa sahaja isu untuk menyalahkan musuh kepada pemimpin paling disanjungnya iaitu Ahli Parlimen Semporna demi untuk memenuhi impiannya menjadi Calon pada PRU-14 dan Impian DS Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri Sabah.  Checkmate !

Loading...
scroll to top