Jumat Idris nafi ada kaitan parti warisan sabah

Jumat-Idris-nafi-ada-kaitan-parti-warisan-sabah.jpg

Jumat Idris menafikan dirinya ada kaitan dengan Parti Warisan Sabah - Foto djk (SMS)

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang mengaitkan beliau dengan Parti Warisan Sabah.

Memetik kenyataan beliau yang disiarkan di sebuah akhbar tempatan kelmarin Jumat mengulangi pendiriannya tetap menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Ramai rakan-rakan saya keliru dengan pendirian politik saya selepas pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin yang mengaitkan saya dengan Parti Warisan Sabah.

Malah ada yang menuduh saya menghasut penyokong-penyokong saya khususnya dari UMNO menyertai Parti Warisan Sabah,” katanya.

Menurut Jumat beliau telah memberi penjelasan kepada perdana menteri dalam beberapa siri pertemuan mereka dan PM juga tidak pernah mempersoalkan perkara itu.

“Saya ingin berterima kasih kepada perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman yang masih lagi memberikan kepercayaan kepada saya dengan memberikan peranan sebagai ahli parlimen Kelab Penyokong BN (BNBBC) di Parlimen.

“Bukan itu sahaja, peruntukan Parliemn juga diberi jaminan oleh pihak pimoinan tertinggi akan diteruskan agar rakyat di kawasan terus dapat merasai infrastruktur khususnya pembangunan yang mesra rakyat,” kata Jumat Idris. – Suara Masyarakat Sabah

Loading...
scroll to top