Jumat Idris tempelak Jimmy Wong ‘Baru Bangun Tidur’

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Kinabalu DAP Jimmy Wong disifatkan baharu kelmarin ‘bangun dari tidur’ dan melawat Kampung Numbak dengan harapan meraih undi penduduk kampung itu untuk pilihan raya akan datang.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata sebelum ini, mereka langsung tidak mengetahui usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan juga pejabat Parlimen Sepanggar termasuk pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ke atas perkampungan di sana.

“Selepas saya menjadi Ahli Parlimen di sini, pelbagai usaha dilakukan untuk membaiki jambatan, surau serta rumahrumah di Kg Numbak.

“Di sini terdapat 5,000 pengundi, sebab itu DAP dan Jimmy Wong ingin berjinakjinak dengan penduduk di sini agar mereka dilihat kononnya ingin membela rakyat. Namun, sebenarnya mereka mahu menanam pengaruh seterusnya mengharapkan pengundi di sini menyokong mereka.

“Saya nasihatkan kepada mereka agar ‘jangan mimpi di siang hari’ kerana penduduk Numbaktahuapayangkerajaan telah lakukan kepada mereka. Adun atau Ahli Parlimen di sini sentiasa turun padang untuk melihat kebajikan penduduk Numbak,” katanya ketika ditemui pada Program Memasak dan Mengagihkan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Likas, Rabu lalu.

Beliau berkata, perkara yang dibangkitkan DAP adalah kawasan setinggan yang diduduki oleh bukan warganegara, kawasan itu mempunyai 500 rumah yang dibina oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menempatkan penduduk setinggan di Teluk Sabang pada suatu ketika dahulu. Penduduk di situ turut mendapat bantuan dari semasa ke semasa daripada kerajaan negeri dan persekutuan.

Katanya, dalam kawasan itu juga mempunyai beberapa penduduk bukan warganegara tetapi mendirikan rumah di kawasan itu dan kerajaan tidak akan bertanggungjawab memberikan apa juga bentuk bantuan kepada mereka disebabkan mereka bukan warganegara.

“Soal penempatan semula dan kutipan wang yang dilakukan penduduk pada waktu dahulu adalah atas persetujuan oleh penduduk terlibat untuk membangunkan kawasan yang diperuntukkan kepada mereka oleh TLDM,” katanya.

Jumat menjelaskan bahawa pada mesyuarat tindakan daerah 2013, beliau mencadangkan agar pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bertindak sebagai pemegang amanah dan status tanah pula kekal sebagai kawasan rizab perkampungan Kg Sabang.

Katanya kawasan itu telah diukur dan diluluskan kerajaan negeri, namun DBKK memohon untuk memiliki tanah itu tanpa mengadakan rundingan kepada penduduk terlibat.

“Dalam satu mesyuarat seterusnya, saya juga dimaklumkan bahawa tanah itu masih kekal atas nama penempatan Bumiputera Kg Sabang dan kampung di sekitarnya sebelum ini, apabila penduduk berjumpa dengan saya seterusnya mencadangkan supaya kawasan itu dibangunkan.

“Maka, satu usaha mengumpul dana di antara penduduk kampung dilakukan mereka sendiri untuk membuka serta menimbus tanah di kawasan itu. Malangnya, usaha itu dihentikan apabila pihak berkuasa tempatan memberitahu surat tawaran dikeluarkan kepada pihak terbabit.

“Penduduk kampung terkejut, saya juga terkejut kerana apa yang saya difahamkan adalah tanah itu masih dimiliki penduduk,” katanya.

Jumat berkata, tidak wujud sebarang penipuan atau salah guna kuasa dalam isu itu kerana ia atas inisiatif penduduk yang terlibat berasal dari Kg Sabang, Lok Madas dan Lok Butah terdahulu.

“Penduduk yang berasal dari perkampungan itu dan menerima pampasan tinggi membeli rumah di luar kawasan. Mereka yang menerima pampasan sedikit pula diberikan rumah yang ada sekarang dan dijanjikan satu kawasan oleh Kementerian Pertahanan dengan keluasan sembilan hektar bagi membina perumahan yang kekal.

“Jadi, penduduk kampung berpegang pada janji itu dan juga minit mesyuarat di antara kerajaan negeri dan Kementerian Pertahanan. Oleh kerana orang kampung daif, mereka tidak diberitahu perkembangan mengenai tanah itu maka mereka terperangkap dengan situasi ini,” katanya.

Menurutnya, penduduk hanya mempertahankan hak mereka seperti yang dijanjikan semasa rundingan pada masa lalu yang diadakan sebelum wujudnya TLDM di sini.

“Kita serahkan kepada budi bicara kerajaan negeri untuk menyelesaikan perkara ini. Sebelum ini, Ketua Menteri juga bersetuju memberikan tanah seluas 20 ekar dan tanah ini sudah saya timbus.

“Tanah itu juga sudah sedia untuk dibangunkan sama ada dalam bentuk perumahan mampu milik atau membenarkan penduduk kampung mendirikan rumah sendiri,” katanya.

JUMAT IDRIS
JUMAT IDRIS masih menjalani hukuman digantung dalam UMNO selepas tindakannya mengkritik Ketua Menteri Sabah secara terbuka

Berita Berkaitan:

Loading...

Leave a Reply

Discussion

  1. Alias bin Andeng

    DAP memang terkenal dengan sikap suka menangguk di air keruh, mengambil kesempatan dalam kesempitan walaupun DAP sedar bahawa mereka sendiri tidak berkemampuan tetapi strategi yang dilakukan memakan diri mereka sendiri. Nasihat untuk pengundi … ambil apa saja yang diberikan DAP tetapi undi tetap BN.

arrow