Ke Mana “WOW Factor” Muhyiddin ?

Ke-Mana-WOW-Factor-Muhyiddin.jpg

Ke Mana “WOW Factor” Muhyiddin ?

[dropcap color=”#dd3333″]P[/dropcap]residen BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin yangg menggesa gabungan HARAPAN seharusnya berteraskan kepimpinan Melayu nampaknya tidak dihormati DAP. Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke menempelak Muhyiddin. Katanya rakyat Malaysia tidak mahu sebuah lagi ‘Umno’ menguasai PAKATAN HARAPAN.

DAP seolah-olah menganggap Muhyiddin masih pemimpin Umno yang cuba membawa cara dan style politik Umno dalam Pakatan Harapan.

Sekalipun Tun Mahathir dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai penasihat Pakatan Harapan (HARAPAN), Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai menjelaskan, DAP tidak mengambil kira kenyataan Muhyiddin sebagai faktor pemilihan kedua pemimpin itu. Katanya pemilihan itu tidak mengambil kira faktor kaum.

“Itu bukan pertimbangan kita. Tak ada kena mengena dengan Melayu pimpin atau tidak” kata Tan kepada Malaysiakini. Menurut Tan lagi, keputusan menyokong dua doktor itu didorong rasa hormat terhadap Mahathir dan Wan Azizah.

Apakah DAP tidak hormat Muhyiddin? Akhir-akhir ini amat ketara, pemimpin parti pembangkang terutama dari DAP, melihat Muhyiddin bukan seorang pemimpin yang mempunyai WOW Factor untuk melakukan gerakan massa secara besar–besaran seperti yang pernah dilakukan Anwar Ibrahim.

Wow factor nampaknya tertinggal dalam Umno dan jawatan TPM bukan ikut bersama Muhyiddin. Hakikatnya dalam senario politik sekarang bukan Muhyiddin seorang sahaja yg tiada WOW factor malah Mukhriz dan pemimpin Majlis Pimpinan Pusat PPBM yang lain juga turut tenggelam. Setiausaha Agung PPBM sendiri bukan orang politik tetapi seorang ahli akademik dan pentadbir.

Jika dibandingkan dengan isu-isu yang dibangkitkan Rafizi Ramli, BERSATU pada hakikatnya tiada hak menuntut jawatan PM dan jawatan TPM daripada Pakatan Harapan. Apalagi jika PRU diadakan setelah Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Sudah tentu tiada pemimpin BERSATU selain Tun Mahathir yg berani buka mulut menuntut sebarang jawatan.

Siapa sebenarnya yang menggerakkan BERSATU? Jawapan saya bukan Muhyiddin. Bukan Mukhriz. Bukan juga AJK Pusat. Yang menggerakkan BERSATU adalah golongan yg simpati dengan perjuangan Tun Mahathir. Mereka membentuk kumpulan-kumpulan cybertrooper yg gigih berkerja keras siang dan malam menyerang Umno dan melakukan political marketing untuk PPBM.

BACA JUGA: Pribumi Bersatu Tak Masuk Sabah Kerana Parti Warisan Ada

Jika Tun Mahathir tidak bergerak, BERSATU juga tidak bergerak. Barangkali BERSATU tidak perlukan pemimpin yang ada WOW factor tapi perlukan orang gila ala Ibrahim Ali dalam barisan pimpinannya. Sekurang-kurangnya Khairuddin boleh buat gimik dengan mengusung fail ke US, Switzerland dan Hongkong. Tetapi selepas Khairuddin keluar parti dan setelah Anina meninggalkan Srikandi, tiada lagi orang gila dalam BERSATU.

OLEH : MUSLI OLI

Penganalisis Politik, Penulis Buku Konspirasi Politik Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top