Kenyataan Berhubung ‘MALAYSIAN OFFICIAL 1’

Dato' Abdul Rahman Dahlan

1 September 2016, Kenyataan Mengenai ‘Malaysian Official 1’ (MO1)

  1. Seperti yang saya nyatakan kepada BBC, adalah jelas bahawa istilah ‘Malaysian Official 1’ (MO1) yang digunakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) merujuk kepada Perdana Menteri.
  2. Ramai lagi yang dirujuk oleh DoJ. Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek penyiasatan.
  3. Seperti yang boleh disahkan oleh mana-mana peguam, perbezaan antara dinamakan sebagai subjek dalam saman sivil, dan sekadar menjadi rujukan dalam siasatan, ibarat hitam dan putih.
  4. Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dalam barisan pembangkang sengaja mencampur-adukkan kedua-duanya bagi mengelirukan rakyat Malaysia. Kegagalan tunjuk perasaan anjuran proksi mereka dalam mempersoalkan siapa MO1 adalah tidak relevan, memandangkan MO1 tidak menjadi subjek dalam sebarang saman sivil DoJ.
  5. Pada masa sama, selepas siasatan menyeluruh oleh beberapa pihak berkuasa, Perdana Menteri ternyata bebas daripada sebarang salah laku. Justeru, usaha Tun Mahathir memburukkan beliau terus gagal – seperti mana semua perancangannya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokratik.

Dato’ Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Loading...

Leave a Reply

arrow