Kenyataan Terbaru Tun M : Najib Tak Layak Jadi PM

SMS New Portal

Dr Mahathir, Mantan Perdana Menteri Malaysia

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri negara ini apabila wang yang dipinjam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) lesap dan beliau gagal menjelaskan apa yang berlaku kepada dana tersebut.

Menurut Tun Mahathir, jelas bahawa pelaburan 1MDB tidak membawa apa-apa hasil yang menyebabkan kerajaan kerugian kira-kira RM25 bilion.

“Jelas 1MDB tak bawa apa-apa pulangan daripada pelaburannya. Bukan sahaja sedang alami kerugian tapi kerajaan telah kehilangan wang apabila 1MDB hanya bayar RM683 juta untuk tanah TRX dan Sungai Besi.

“Kehilangan sejumlah wang yang besar yang dipinjam 1MDB dan kegagalan menjawab soalan berhubung apa yang berlaku kepada dana itu yang membuatkan Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri,” katanya melalui catatan terbaharu di blognya www.chedet.cc hari ini. SINAR HARIAN

Loading...
scroll to top