KISAH BAHTERA DI MEDAN MARA

Ketika menikmati satay Kajang Hj Samuri di Medan Mara. Tiba2 saya teringat tokoh2 politik tanah air yg dulunya dalam satu Bahtera. Wajah2 Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Musa Hitam, Pak Ghaffar, Pak Lah, Tengku Razaleigh, Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Mukhriz mula terbayang dimata…

Ingin rasa berseloka seperti arwah Man Pen, bekas MP Langkawi.

[quote font=”georgia” font_size=”17″ color=”#303030″ bgcolor=”#cccccc” bcolor=”#ff3a3a” arrow=”yes”]

Mahathir mengemudi Bahtera yg utuh dan kukuh
daripada peninggalan Tun Razak dan Tun Hussien Onn.
Namun Mahathir tidak fikir soal Bahtera.
Dia fikir akan dirinya.

Musa Hitam, orang yg pertama.
Diberi jawatan orang nombor dua
Tapi di halang guna kuasa
Lalu berhenti kerana kecewa.

Beginikah cara mengenang jasa?
Bukankah Musa punya usaha
Bawa Mahathir kembali bersama!

Lalu muncul Pak Ghaffar Baba.
Hadirnya cuma buat seketika.
Menentang Ku Li dan Tun Musa
Supaya kekal ditampuk kuasa..

Musa hilang entah ke mana
Muncul pulak Anwar namanya
Pemimpin belia dan tokoh agama.
Suara PAS dah tak bergema
Kerana Anwar bijak berdakwah

Tapi Anwar tak kekal lama.
Kerana terlalu bijak bermadah
Bila musuh sudah tiada
Pengaruh Anwar dicemburuinya

Anwar merengkuk dalam penjara
Matanya hitam, keluarganya di hina.

Muncullah Pak Lah, jadi pilihannya.
Pemimpin yg baik menurut katanya.
Mengambil alih tak ikut katanya.

Dikata ‘lembik’ tak pandai kerja.
Muhyiddin dan Mukhriz di suruh bersuara.
Mendesak Pak Lah untuk bersara.
Bahtera hilang majoriti 2/3

Najib katanya pilihan dia.
Kerana mengenang jasa bapanya
Dengan harapan mengikut titah

Tapi Najib bukan Pak Lah.
Lalu didesak lepaskan kuasa.
Najib enggan ikut cakap nya.
Suruh Muhyiddin, Shafie, dan Mukhriz bersuara.

Akhirnya mereka juga hilang kuasa.
Bahtera mula porak poranda
Tubuh BERSATU setelah dipecah

Gara2 seorang manusia
yang cuma fikir soal dirinya
Tapi berkata demi negara
Siapa sebenarnya, Melayu mudah lupa?

[/quote]

OLEH: MUSLI OLI
Aktivis Hak Sabah, Penganalisis Politik, Penulis Buku

Loading...

Leave a Reply

arrow