Mampukah Darell Pertahan Kerusi Penampang ?

Darrel-Leiking-dan-Ceasar-Mandela-Malakun.jpg

CALON BN.. Ceasar Mandela Malakun (Kiri) berentap dengan calon WARISAN yang juga merupakan sepupunya Darell Leiking penyandang kerusi Parlimen Penampang

“Sebagai orang muda, sudah tentu dia (Ceaser) adalah ‘hot item’ di sini, oleh itu saya kena bersenam, berjoging malah bangun awal untuk bersaing dengannya.

Kerusi Parlimen Penampang dikatakan adalah antara yang menjadi kerusi panas susulan tindakan  Darrel Leiking yang memenangi kerusi itu atas tiket Parti Keadilan Rakyat kemudiannya keluar parti menyertai Parti Warisan Sabah.

Ramai yang kecewa atas tindakan timbalan presiden Parti Warisan Sabah itu yang gagal menunaikan janji-janji sewaktu berkempen memenangi hati pengundi di daerah ini.

Berdepan dengan calon muda ditampilkan calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Penampang, Ceasar Mandela Malakun, Darell mengakui ia bukan tugas mudah.

“Sebagai orang muda, sudah tentu dia (Ceaser) adalah ‘hot item’ di sini, oleh itu saya kena bersenam, berjoging malah bangun awal untuk bersaing dengannya.

“Dia ada pendirian politik sendiri, begitu juga saya, bagaimanapun dalam setiap perayaan kami sentiasa bersatu,” katanya.

Sementara itu bagi calon BN Ceasar Mandela Malakun, beliau amat berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan tertinggi untuk memberi peluang kepada belia di Sabah.

Katanya, ia adalah pertama kali beliau berdiri sebagai calon dalam arena politik dan berjanji sekiranya diberikan peluang, beliau akan berkhidmat dengan sebaiknya.

“Saya akan pastikan yang terbaik dan berharap semuanya berjalan lancar dalam tempoh dua minggu berkempen ini.

Kerusi Parlimen Penampang akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Ceasar (BN), Darell (Warisan), Edwin Bosi (Parti Kerjasama Anak Negeri) dan Cleftus Stephen Spine (Star).

Loading...
scroll to top