Mampukah Darrel Leiking, Terrence atau Junz Wong Halang Shafie ?

Mampukah Darrel Leiking, Terrence atau Junz Wong Halang Shafie ?

OLEH: David Orok, Aktivis Agama, Politik

Saudara saudari sekalian Sabahan, Cuba kita fikirkan dulu kes ini sebelum pergi mengundi pada PRU 14 ini !

Kes No. 1.

Semasa Kerajaan Berjaya dulu Dtk. Harris Salleh Ketua Menteri (KM) Sabah dan Dtk. James Ongkili mewakili etnik KDM dan sebagai Tim. Ketua Menteri (TKM). Persoalannya kenapa James Ongkili tidak mampu menghalang Dtk. Harris dari melakukan banyak kerosakan di Sabah?

Kes No. 2.

Semasa Kerajaan PBS dulu, Dtk. Pairin ketika itu sebagai Ketua Menteri Sabah dan Dtk. Mark Koding sebagai Tim. Ketua Menteri. Bila berlaku perselisihan faham di antara Pairin dan Mark Koding kerana KCA dan USDA, Dtk. Pairin memecat Mark Koding dan menyebabkan Mark Koding menubuhkan Parti AKAR. Persoalannya kenapa Mark Koding tidak boleh menghalang Pairin daripada memecatnya?

Sebuah klip yang membidas kredibiliti Shafie Apdal untuk mengubah Sabah

Kes No. 3.

Jika Warisan dapat membentuk Kerajaan Negeri, sudah tentu DSSA akan menjadi Ketua Menteri Sabah! Tim. Ketua Menteri Sabah pula adalah Darrel Laiking atau Terrance Siambun (KDM), Junz Wong (Cina) dan Dtk. Jaujan Sambakong (Bumiputera Islam). Persoalannya di sini adalah, jika DSSA sebagai KM Sabah dan Tun Mahathir sebagai PM Malaysia mahu memberikan lebih banyak IC (Kewarganegaraan) segera kpd PTI yg baru masuk di Sabah, mampukah si Darrel, si Terrance atau si Juzn menghalang tindakan DSSA iaitu Boss mereka daripada melakukan banyak kerosakan yg lebih teruk di Sabah?

Setahu saya, cuma Dtk. Dr. Jeffrey, Dtk. Mohd. Noor Mansur, dan Dtk. Lajim Ukin saja yg TIADA saudara mara di luar negara untuk dipanggil masuk ke Sabah bagi diberikan taraf kewarganegaraan.

Dan cuma mereka saja yg TIADA negeri atau negara lain untuk tempat pulang semula jika Sabah ini betul2 rosak dan susah mahu cari makan.

Kesimpulannya, cuma mereka ini saja dalam Gabungan Sabah (GS) yg benar2 ikhlas mahu menjaga negeri Sabah ini daripada di rosakkan oleh pihak luar kan ?

Jadi jangan pertaruhkan Nasib masa depan Sabah semata-mata kerana kita mahu cari makan dalam kononnya Parti Baru, sedangkan pemimpin No. 1 nya adalah tatap juga pemimpin lama, yg selama ini sudah lama duduk bekulat dalam UMNO tetapi tiada pernah berbuat apa2 bagi menuntut hak2 Sabah selama itu.

Parti Warisan Sabah Proksi Kepada Parti Dr M – Jeffrey Kitingan
Loading...

Leave a Reply

Discussion

  1. qing

    Isu PTI d sabah sejak dri dlu lagi timbul.. knapa bila DSSA jd KM d pertikai tkut ic PTI, jd yg skrg orang pakistan/india yg bru brada di sabah x fasih ckp melayu sudh ada ic.. ada kah ini jg salah DSSA.. jgn mbrukn keadaan.. DSSA brjuang utk rakyat sabah, bukn utk kpentingn diri, slma beliau jd mntri luar bndar mmg bnyk pmbngunan d lluskn cuma bila sudh smpi d ngri sabah adlh pihak2 trtntu yg x amanah..

arrow