Musa Aman Enggan Bercakap Pada Media

Musa-Aman-enggan-bercakap-pada-media.jpg

KOTA KINABALU 12 Mei – Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman enggan bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Kabinet negeri yang berlangsung selama lebih dua jam.

Beliau sebaliknya hanya melambai tangan ke arah petugas media yang menunggu kehadirannya di pekarangan Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah bagi mengulas tentang jawatannya selepas Parti Warisan Sabah (Warisan) kini mempunyai jumlah majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Pagi ini, Warisan turut memaklumkan Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal akan mengangkat sumpah membentuk kerajaan pada pukul 9.30 malam di Istana Negeri.-UTUSAN ONLINE

Loading...
scroll to top