Najib, Rosmah dihalang ke luar negara hari ini

Najib-Rosmah-dihalang-ke-luar-negara.jpg

SUBANG: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din mengesahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak menaiki mana-mana penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS), hari ini.

Selain itu, beliau turut menolak dakwaan bahawa polis menerima arahan untuk menahan Datuk Seri Najib atau menghentikan pergerakan bekas Perdana Menteri itu.

“Pihak polis tidak menerima apa-apa arahan untuk menahan Datuk Seri Najib.

“Mana-mana rakyat Malaysia yang ingin keluar atau memasuki negara harus mendapat kebenaran dari pihak imigresen.

“Mereka yang tidak ada urusan sama ada sebagai penumpang di kawasan ini dan sebagainya bolehlah beredar dari kawasan ini. Ini bagi mengelakan kesesakan jalan dan menimbulkan kesukaran kepada penumpang.

“Seperti yang diperhatikan, sebenarnya orang lain di dalam pesawat yang berlepas tadi dan mereka adalah warganegara asing,” katanya di perkarangan LTAAS di Subang.

Selain itu tegasnya pasukan beruniform di lapangan tersebut merupakan Pasukan Light Strike Force (LSF) untuk mengawal orang ramai dan bukan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Hanya pegawai imigresen mempunyai kuasa untuk menghalang atau membenarkan mana-mana rakyat Malaysia yang ingin keluar atau memasuki negara ini.

Loading...
scroll to top