Pairin Bukan Lagi Presiden PBS

Pairin-Bukan-Lagi-Presiden-PBS.jpg

Selepas 31 tahun menerajui Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, melepaskan jawatan Presiden

KOTA KINABALU: Selepas 31 tahun menerajui Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, melepaskan jawatan Presiden berkuat kuasa serta-merta dan menyerahkan tugas kepada Timbalannya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, petang jumaat.

Penyerahanrasmijawatanitudilakukanpadamesyuarat Majlis Tertinggi PBS di ibupejabat parti itu di Donggongon, Penampang, petangtadi.

Setiausaha Agung PBS, Datuk Johnny Mositun, berkata Pairin membuat keputusan untuk berehat daripada kepemimpinan parti tetapi akan meneruskan kerja kemasyarakatan dan tugas sebagai menteri dalam Kabinet Sabah sehingga akhir penggal.

“Pada mesyuarat petang itu, Pairin menyerahkan tugas mempengerusikan mesyuarat kepada Maximus selepas menyampaikan ucapan kepada ahli Majlis Tertinggi yang hadir.

“Bagaimanapun, Tan Sri (Pairin) akan terus menyelia dan membantu parti menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Johnny berkata, Maximus yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan melaksanakan semua urusan parti termasuk persediaan menghadapi PRU.

Pairin (empat dari kiri) mengucapkan tahniah kepada Ongkili yang memikul tugas pemangku presiden PBS berkuatkuasa serta merta.

Berita Terdahulu: Dr Max Pemangku Presiden PBS Berkuatkuasa Serta Merta

Katanya, pelantikan Maximus sebagai Pemangku Presiden PBS adalah fasa kedua dalam pelan peralihan kuasa parti berkenaan.

“Tan Sri (Pairin) meminta pemimpin parti di semua peringkat bekerjasama, bersatu dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang serta memberikan sokongan yang sama kepada Maximus,” katanya.

Pada 29 Julaitahunlalu, Pairinmengumumkan proses peralihankuasakepemimpinan PBS selepasmelantik Maximus yang memegangjawatanTimbalanPresiden PBS selama 23 tahun, untukmenjalankantugaspresiden parti.

Loading...
scroll to top