Parti Baharu Dijangka sertai Gabungan Sabah

Jumlah-Parti-Dalam-Gabungan-Sabah-Mungkin-Bertambah.jpg

Pengerusi Gabungan Sabah, Mohd Noor Mansor

KOTA KINABALU: Sebuah lagi parti pembangkang  difahamkan berminat untuk menyertai Gabungan Sabah atau United Sabah Alliance (USA).

Menurut Pengerusinya, Datuk Mohd Noor Mansor, beliau telah dihubungi oleh pihak berkenaan yang menyatakan berminat untuk menyertai Gabungan Sabah namun hal tersebut perlu dibawa dalam perbincangan dengan semua parti komponen yang ada sekarang sebelum sebarang keputusan diputuskan.

Gabungan Sabah adalah platform terbaik untuk parti-parti pembangkang tempatan bersatu mewakili suara rakyat Sabah.

Mengenai keputusan Parti Cinta Sabah (PCS) meninggalkan Gabungan Sabah dan perjuangan mereka untuk rakyat Sabah, Mohd Noor berkata pihaknya menerima keputusan itu.

“Cuma apa yang peliknya keputusan alasan PCS meninggalkan Gabungan Sabah adalah alasan kecil iaitu tentang tuduhan pihak tidak bertanggungjawab kononnya Parti SAPP dan STAR Sabah Pro Kerajaan (Isu MySabah) yang sudah dijelaskan serta isu ketua pembangkang Sabah,” katanya.

Baca Juga : ISU MYSABAH – Bekerjasama Untuk kebaikan Rakyat Negeri Sabah

“Jika Bumburing meninggalkan Gabungan Sabah untuk mengejar impiannya menubuhkan gabungan pembangkang yang lebih besar di luar, saya doakan supaya beliau akan bernasib baik,” kata Mohd Noor.

Loading...
scroll to top