Parti Kebangsaan Sabah Tanding Semua Kerusi DUN, Parlimen

Parti-Kebangsaan-Sabah.jpg

Parti Kebangsaan Sabah

KOTA KINABALU: Parti Kebangsaan Sabah (PKS) akan bertanding di semua 60 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Penerangan PKS, Dato Zakariah Janit (gambar) berkata, parti itu juga akan bertanding di 13 kerusi DUN baharu yang bakal ditambah oleh Suruihanjaya Pilihan Raya (SPR).

“PKS bukan parti baharu. Parti ini sudah wujud sejak 2013 dan jentera parti bersiap siaga untuk menghadapi PRU-14 pada bila-bila masa diadakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Zakarah berkata, PKS merupakan parti tunggal yang tidak ada gabungan dengan mana-mana parti di Sabah termasuk pembangkang.

“Kita tidak berhasrat untuk bergabung dengan mana-mana parti. Kita mempunyai asas pejuangan parti iaitu untuk merelisasikan pejuangan yang mantap dari segi ekonomi, pendidikan, pembangunan dan dasar dalam kerajaan negeri,” katanya.

Parti Kebangsaan Sabah Dibeli RM3 Juta Oleh Shafie Tidak Benar

Katanya, sekiranya PKS diberi mandat untuk memerintah negeri Sabah, parti ini tidak akan mencampuradukkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

“Sekiranya PKS diberi ruang untuk mentadbir kerajaan negeri, kita akan urus kerajaan negeri dengan baik mengikut kecekapan yang kita miliki,” katanya.

Zakariah berkata, PKS yang merupakan parti berbilang kaum kini mempunyai keahlian seramai 200,000 orang dengan 30 bahagian telah diwujudkan di seluruh Negeri.

“Penambahan bahagian ini akan menyusul dalam tempoh terdekat,” katanya.

Katanya, sokongan rakyat terhadap PKS juga menyerlah dimana parti itu telah menerima kemasukan bekas pemimpin dan ahli Parti Perpaduan Rakyat Malaysia (PPRS),” katanya.

Berita Berkaitan : Pribumi Bersatu Tak Masuk Sabah Kerana Parti Warisan Ada

Loading...
scroll to top