Parti Kerjasama Rakyat Sabah (Pakar) Sedia Bersaing

Parti-Kerjasama-Rakyat-Sabah-Pakar-Sedia-Bersaing.jpg

Datuk Henrynus Amin mengambil alih jawatan presiden Parti Kerjasama Rakyat Sabah (Pakar)

KOTA KINABALU: Satu lagi parti bersedia terbabit dalam ketegangan menjelang pilihan raya di Sabah, apabila bekas setiausaha agung Parti Bersatu Sabah (PBS) mengambil alih pucuk pimpinan sebuah parti yang tidak begitu dikenali.

Datuk Henrynus Amin keluar dari PBS bagi mengambil alih jawatan presiden Parti Kerjasama Rakyat Sabah (Pakar).

Beliau kembali aktif berpolitik selepas tiga tahun bagi “mewujudkan platform politik baharu untuk mencapai wawasan asal PBS yang dimulakan 30 tahun lalu.”

Henrynus yang terbaharu sebagai Presiden Kongress Momogun Kebangsaan (MNC) mengambil alih jawatan presiden Pakar daripada penyandangnya, Zainal Nasiruddin yang menjadi timbalan presiden.

Beliau baru-baru ini mengumumkan keluar dari PBS, parti yang dianggotainya sejak 1986, bagi menerima pencalonan sebagai presiden Pakar pada mesyuarat agung tahunan parti itu pada Isnin.

Menurut Henrynus, beliau akan mengundurkan diri sebagai presiden MNC mengikut perlembagaan kumpulan itu.

Beliau menyedari terlalu banyak parti politik di Sabah, ditambah lagi dengan pihak pembangkang.

“Tetapi pengundi secara umumnya tidak membuat keputusan pilihan parti politik untuk menyokong.

“Keputusan mereka bergantung kepada isu politik yang dinamik.

“Banyak isu yang tidak diperjelaskan dengan baik oleh parti-parti politik dari kedua-dua pihak.

“Jadi, kemasukan saya dalam ketegangan politik bagi mengatur semula isu-isu dan pergerakan akar umbi politik baharu mengubah dinamik strategi politik pembangkang,” katanya.

Henrynus berkata, beliau bersedia untuk bercakap dengan kumpulan pembangkang yang lain untuk mencapai keputusan pilihan raya yang diingini.

Loading...
scroll to top