Parti Warisan Sabah (PWS) Hanya Ikut-Ikutan – Dr Max

Parti-Warisan-Sabah-PWS-Hanya-Ikut-Ikutan-Dr-Max.jpg

Parti Warisan Sabah hanya ikut-ikutan Dr. Maximus Ongkili

PARTI WARISAN SABAH

TAWAU: Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili menyifatkan Parti Warisan Sabah (PWS) yang diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai parti ‘copy and paste’.

Logo Parti Warisan Sabah (PWS)

Logo Parti Warisan Sabah (PWS)

Menurutnya, parti berkenaan hanya bersifat ‘ikut-ikutan’ daripada perjuangan parti PBS selama ini yang bersifat asli dan telah terbukti mempertahan hak rakyat negeri Sabah sejak 31 tahun yang lalu.

”Parti baru ini sekadar ikut-ikutan dari PBS, walaupun tawaran parti baru ini dilihat menarik iaitu Sabah For Sabahan, tapi jangan lupa parti PBS memang khusus untuk semua kaum di Sabah dan sentiasa dilandasan memperjuang hak rakyat Sabah.

”Pendekatan PBS juga lebih meluas, kita mahu Sabah bersifat nasional kerana terdapat rakyat negeri ini berkahwin dengan orang Semenanjung, tetapi kita tidak mahu rakyat asing tanpa permit tinggal di negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata demikian ketika ditemui pada Seminar Kepimpinan PBS Zon Pantai Timur di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.

Katanya, parti PBS sentiasa berusaha memperjuang dan mempertahan hak rakyat negeri Sabah serta berusaha memastikan agar pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak tinggal sesuka hati di negeri ini tanpa permit dan proses yang betul.

Terdahulu beliau berkata PBS kini sedang giat menjalankan program turun padang di setiap kawasan yang ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) bagi memberi penjelasan dan penerangan pelbagai isu.

”Kita mahu ahli dan masyarakat akar umbi memahami perjuangan parti dan sejarah penubuhan Malaysia yang sering diputar belit pihak tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kebencian kepada kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata seluruh masyarakat perlu memahami sejarah dan ahli juga perlu mengetahui perjuangan parti lalu menjadi ejen menyebarkan kebenaran yang akhirnya dapat mengukuh.

”Kita perlu mengukuhkan dan menguatkan parti sendiri terlebih dahulu sebelum berupaya menjadi antara tonggak membantu mengukuhkan dan menguatkan parti Barisan Nasional untuk terus menjadi peneraju kerajaan,” katanya lagi.

Loading...
scroll to top