Parti Warisan Sabah Tiada Sambutan

Parti-Warisan-Sabah.jpg

Parti Warisan Sabah

Parti Warisan Sabah (Warisan)

KOTA KINABALU: Penubuhan penaja Parti Warisan Sabah (PWS) Inanam yang diadakan di Farm Stay Kokol, baru-baru ini, dilihat tidak mendapat sambutan serta sokongan daripada orang ramai khususnya penduduk sekitar Kg Kokol kerana kehadiran kurang daripada yang dijangkakan.

Ketua Bahagian PBS Inanam Fredolin Totin Bangon ketika mengulas kewujudan penaja Warisan di Inanam baru-baru ini berkata, ia merupakan program pertama Warisan di kawasan Inanam dan ternyata parti itu gagal menarik kehadiran penduduk kampung apabila majoriti yang hadir adalah datangnya daripada kawasan luar daripada Inanam dengan kehadiran kurang daripada 50 orang.

Fredolin Totin Bangon, Ketua Bahagian PBS Inanam

Fredolin Totin Bangon, Ketua Bahagian PBS Inanam

Beliau yang ditemui selepas program gotong-royong bersama penduduk Kg Rukutan Manggatal baru-baru ini, berkata beliau tidak menolak kemungkinan individu yang memainkan peranan sebagai penaja Warisan di Inanam mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri dan bukannya benar-benar mahu berkhidmat serta membantu menyelasaikan permasalahan rakyat.

“Kewujudan Parti Warisan Sabah di Inanam bakal memecahbelahkan arah sokongan ahli parti pembangkang itu sendiri apabila terdapat beberapa parti pembangkang tempatan dan parti dari Semenanjung yang masing- masing telah memasang niat untuk bertanding menentang Barisan Nasional ( BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Baca juga : Retorik Parti Warisan Sabah

Walaupun begitu, katanya, PBS Inanam tidak akan mengambil mudah dengan kewujudan Warisan Inanam kerana walaupun mereka sedikit, mereka bijak menggunakan `group Whatsapp’ dan Facebook untuk menyebarkan kenyataan memburuk-burukkan kerajaan walaupun berita itu belum tentu sahih.

AHLI Warisan bijak menggunakan `group Whatsapp’ dan Facebook untuk menyebarkan kenyataan memburuk-burukkan kerajaan walaupun berita itu belum tentu sahih.

Fredolin yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Inanam berkata PBS Inanam sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya akan datang dengan misi mengembalikan semula kerusi Inanam ke pangkuan BN.

Katanya apa yang perlu dibuat buat masa ini adalah teruskan bekerja untuk melayani dan menyelesaikan masalah rakyat sebanyak yang mampu sebelum PRU.

“Rakyat kini bijak menilai pemimpin dan parti mana yang benar- benar ikhlas bekerja untuk kesejahteraan mereka dan pembangunan untuk Inanam dan Negeri Sabah,” katanya.

Loading...
scroll to top