PBS Inanam isytihar sokong Rahman Dahlan calon BN Sepanggar

Rahman-dahlan-sepanggar.jpg

INANAM: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Inanam melahirkan sokongan yang tidak berbelah bagi dan siap sedia membantu berkempen jika Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dicalonkan bagi kerusi Parlimen Sepanggar pada Pilihanraya Umum Ke14 (PRU-14) akan datang.

Sokongan itu dinyatakan oleh Ketua Bahagian PBS Inanam, Fredolin Totin Bangon, semasa lawatan Rahman Dahlan ke Bilik Gerakan Pilihanraya PBS Inanam baru-baru ini.

Fredolin dalam ucapannya juga menyatakan bahawa jika pucuk pimpinan meletakkan calon baharu di Sepanggar seperti Rahman Dahlan maka PBS Inanam bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain akan sentiasa memberi sokongan yang padu demi mengekalkan kerusi serta kemenangan BN di Sepanggar.

“Saya amat yakin bahawa Rahman Dahlan mempunyai peluang kemenangan yang amat tinggi serta mampu mengekalkan kerusi Parlimen Sepanggar kepada BN selepas pilihanraya umum ke- 14 berakhir,” katanya.

Fredolin, yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Inanam turut menyatakan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada Datuk Yaakub Khan selaku Pengerusi BN Sepanggar dalam menghadapi PRU akan datang.

Loading...
scroll to top