Peluang Pembangkang Sabah Semakin Tipis

Umno-Sabah-terus-berjuang.jpg

Foto Sekitar Majlis

[dropcap color=”#dd3333″]P[/dropcap]enyatuan parti, bangsa, kaum dan agama menjadi kunci penting Barisan Nasional (BN) mendapat mandat daripada rakyat untuk terus menjadi kerajaan.

Berbeza dengan pembangkang di Sabah yang memasang niat mahu menjadi kerajaan tetapi tiada kesefahaman sesama mereka yang membawa kepada permusuhan sesama sendiri.

Ketika UMNO dan Barisan Nasional Sabah terus memperkemas jentera menjelang PRU14 pembangkang pula berebutkan ahli sesama sesama mereka.

 

[divide style=’dots’ width=’medium’ color=’#e5e5e5′]

UMNO, BN SABAH TERUS BERJUANG

Umno Zon 4 merangkumi Bahagian Ranau, Keningau, Pensiangan dan Tenom mencatatkan sejarah apabila kira-kira 8,000 perwakilan dan pemerhati dari keempat-empat bahagian itu menghadiri Mesyuarat Perwakilan Gabungan yang diadakan di dewan khas di sini pada Ahad.

Kehadiran kalangan pemimpin dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan dan pemimpin masyarakat turut menyemarakkan lagi perasmian majlis itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mewakili Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan mesyuarat itu.

Dalam ucapannya, beliau berkata adalah penting ahli bersatu dalam Umno selaras dengan cogan kata Umno, Bersatu, Berkhidmat, Bersetia.
“Ini adalah untuk rakyat kita dan sudah tentu ia dapat memberi manfaat dari segi membangunkan negeri kita Sabah khususnya dan bahagian-bahagian di seluruh negeri ini,” katanya.

Musa berkata, ia jelas menunjukkan sambutan rakyat dan ahli umno dari keempat-empat bahagian begitu memberangsangkan dan baik sekali.

Katanya, mereka begitu gembira dan bersemangat dan mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti, khusus presiden parti dan seterusnya mereka juga ingin bersama-sama pucuk pimpinan dan pimpinan bahagian untuk memastikan Umno itu terus kuat, mantap dan bersatu padu.

“Jadi inilah cara kita dalam Umno dan BN dan sekiranya kita mempunyai kestabilan politik serta keadaan yang aman dan sentosa maka senang kita merancang negeri kita selain merancang kawasan kita supaya pembangunan berjalan lancar dan teratur,” katanya.

Pada majlis itu, Musa turut mengumumkan peruntukan RM8 juta oleh Perdana Menteri untuk Umno Zon 4 bagi pembangunan projek kecil di mana setiap bahagian mendapat RM2 juta dan disalurkan menerusi ketua-ketua bahagian di zon berkenaan.

 “Bagi pihak Umno dan BN Zon 4, kita mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang begitu prihatin. Walaupun tidak dapat datang atas perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi beliau sempat memberikan peruntukan kepada keempat-empat bahagian ini,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Ketua Umno Bahagian Pensiangan dan Pengerusi Penganjur Mesyuarat Gabungan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin berkata mesyuarat itu adalah peristiwa politik yang amat bertuah bagi rakyat di pedalaman khususnya di daerah Nabawan.

Katanya, lazimnya mesyuarat gabungan Zon 4 itu sentiasa diadakan di Keningau dan perubahan tempat memberi isyarat yang penting tentang hasrat kerajaan BN yang diterajui oleh Umno untuk memastikan pembangunan ekonomi dapat dirasai dan dinikmati bersama oleh setiap rakyat di mana pun mereka berada dan itulah makna kemerdekaan.

“Dengan sedikit harapan bahawa kehadiran pemimpin Umno negeri ini yang mewakili Perdana Menteri sudah pasti akan mengubah wajah bumi Nabawan ini. Kami percaya ini bukan kehadiran biasa tetapi datang untuk menabur benih sebagai tanda keprihatinan terhadap kehidupan rakyat di daerah-daerah terpencil dengan misi melawat kawasan melayan rakyat.

“Kami juga ingin menzahirkan bahawa kesetiaan kami kepada kepimpinan kerajaan negeri dan Pusat khasnya kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri bagaikan arus deras terbentur tebing tidak berpisah. Itulah ikrar kami,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas majlis itu, keempat-empat ketua bahagian Umno Zon 4 terdiri Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (Ranau), Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno (Keningau), Ghani (Pensiangan) dan Adun Kemabong Datuk Rubin Balang (Tenom) mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Perdana Menteri yang memberi setiap bahagian sebanyak RM2 juta.

Mereka berharap dengan adanya peruntukan khas daripada Perdana Menteri, ia dapat membantu pelaksanaan projek-projek kecil yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Hadir sama, Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussien, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Bobbey Ahfang Suan dan Datuk Ghullam Bahadar Khan, Pegawai Daerah Fredian Gan dan Ketua Polis Daerah DSP Ahmad Jawila.

[news_box style=’3′ display=’category’ category=’85’ show_more_1]

[news_list display=’tag’ tag=’808′ count=’4′ orderby=’random’ show_more_1]

 

Loading...
scroll to top