Pembangkang tidak boleh dipercayai

Tsang-Hieng-Yee-Pembangkang-tidak-boleh-dipercayai.jpg

Ketua Pemuda LDP Tsang Hieng Yee

KOTA KINABALU: Pembentukan parti pembangkang baru di Sabah tidak akan menjejaskan perjuangan Parti Liberal Demokratik (LDP) dan apa yang dipegangkan parti itu.

Ketua Pemuda LDP Tsang Hieng Yee (Gambar) berkata parti itu akan terus mengambil tindakan konkrit dalam menjaga hak-hak Sabah dan menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai kepada rakyat.

Beliau yang juga Naib Presiden LDP berkata parti itu tidak akan berhenti bersuara untuk rakyat.

Pengerusi LDP Bahagian Gum-Gum itu berkata tindakan beberapa wakil rakyat pembangkang keluar dari parti yang berpangkalan di Semenanjung untuk menyertai barisan pembangkang tempatan telah membuktikan bahawa menjaga dan menuntut hak Sabah akan menjadi agenda utama politik di Sabah untuk beberapa dekad akan datang.

“Selaras dengan objektif LDP untuk menegakkan hakhak Sabah dan rakyat Sabah, parti ini sentiasa berusaha untuk melindungi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Tsang berkata LDP juga akan mengambil pendekatan pragmatik dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

Katanya pengundi perlu dapat membezakan antara parti politik yang hanya memancing undi dan parti yang benarbenar mengambil berat untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Selama bertahun- tahun, kita telah melihat beberapa Ahli Parlimen (MP) daripada parti pembangkang berpangkalan di Semenanjung yang gagal dalam tugas mereka untuk berkhidmat kepada kawasan pilihan raya dan pengundi mereka.

“Mereka telah mengecewakan rakyat kerana tidak bercakap mengenai isuisu yang berkaitan hak-hak Sabah,” katanya.
Beliau menegaskan dasar dan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan menunjukkan bahawa gabungan itu hanya mempunyai niat untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan dan Sabah hanya dijadikan sebagai batu loncatan untuk mendapatkan lebih banyak kerusi.

Tsang berkata walaupun LDP menentang budaya lompat parti, penghijrahan wakil rakyat Pakatan Harapan dari parti masing-masing menyampaikan mesej yang jelas bahawa Sabah tidak lagi memerlukan parti pembangkang yang berpangkalan di Semenanjung.

“Saya tidak berniat untuk campur tangan dalam hal ehwal parti pembangkang. Tetapi tindakan pemimpin pembangkang keluar beramai-ramai dari parti masingmasing membuktikan bahawa pihak pembangkang tidak boleh dipercayai.

“Pengundi perlu mengambil kira bahawa parti yang menggunakan banyak tenaga mereka dalam konflik dalaman tidak akan mempunyai banyak sumber untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Loading...
scroll to top