Pemuda Umno Sabah Buat Laporan Polis Dakwaan Daftar Warga Asing Untuk PRU14

Pemuda-umno-sabah-lapor-polis.jpg

Laporan Polis oleh pemuda Umno Sabah terhadap pemilik facebook dan pemilik blog berhubung tuduhan palsu mendakwa UMNO mula daftar warga asing untuk persediaan PRU 14 di Sabah

KOTA KINABALU, 17 Feb (Bernama) — Pergerakan Pemuda UMNO Sabah hari ini membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook dan blog yang memuat naik artikel mendakwa UMNO mendaftarkan rakyat asing dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai persediaan pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Setiausahanya Mohd Bahrin Abd Karim berkata beliau menyedari akan artikel bersifat fitnah itu malam tadi.

“Artikel itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘DKay HjEsin HjEsin DKay’ dan mengandungi tuduhan palsu bersifat jelik, tidak berasas, memudaratkan dan berniat mengaibkan nama baik serta integriti UMNO dan Barisan Nasional,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis itu di sini Jumaat.

“Blog itu pula menuduh UMNO mula mendaftar warga asing melalui JPN untuk persediaan PRU-14 di Sabah dan mendakwa JPN telah mengeluarkan kira-kira 30,000 resit pendaftaran yang diagihkan kepada 13 kawasan dewan undangan negeri baharu di Sabah,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Mohd Bahrin berkata Pemuda UMNO Sabah memohon polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook dan pemilik laman blog terbabit.

Beliau berkata pergerakan itu juga memohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan serupa terhadap pihak yang berkenaan. – BERNAMA


Hasil carian Portal Suara Masyarakat Sabah. Berikut adalah apa yang dipaparkan di laman web berkenaan:

[quote font_size=”14″ color=”#111111″ bgcolor=”#d3d3d3″ bcolor=”#dd3333″ arrow=”yes”]

UMNO mula daftar warga asing melalui Jabatan Pendaftar untuk persediaan PRU 14 di Sabah.

Taktik terbaru yang digunakan oleh pihak UMNO/BN melalui agensi kerajaan – JPN untuk menafikan hak pribumi Sabah.

Setakat ini JPN telah mengeluarkan resit ini berjumlah kira-kira 30,000 dan diagih-agihkan kepada semua 13 kawasan DUN baru di Sabah untuk tujuan mengundi pada Pilihanraya ke-14 nanti.Kedaulatan Sabah ini adalah tanggungjawab kita bersama. Terima kasih.

Share dan Viralkan.

sumber: otai bersih

[/quote]

Sejauh manakah kebenaran dakwaan blog berkenaan yang dikongsikan di media sosial ? Hanya akan terjawab selepas polis membuat siasatan.

Loading...
scroll to top