PKR Sabah Kenal Pasti Kerusi Ditandingi PRU-14

PKR-Sabah-Kenal-Pasti-Kerusi-Ditandingi-PRU-14.jpg

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat Sabah mengumumkan akan bertanding di semua kerusi yang dimenanginya dalam PRU lepas di pilihan raya umum ke-14 akan datang.

“Kita akan bertanding di semua kerusi yang dimenangi Calon bertanding atas tiket PKR pada PRU lepas,” kata pengerusi PKR Sabah Christina Liew pada sidang akhbar di pejabatnya di Penampang.

Ia termasuk kerusi DUN Moyog, Tamparuli, Klias, Matunggong serta Kadamaian, selain Api-Api dan Inanam, dan kerusi Parlimen Penampang.

Christina berkata mereka kini sedang menilai beberapa kriteria untuk mengenal pasti 10 hingga 15 ‘kerusi yang boleh menangi’. Selain itu PKR Sabah akan bertanding di kawasan yang mereka hanya kalah tipis seperti Kota Marudu, Beaufort, Pensiangan, Kiulu, Keningau dan Sook.

Christina menegaskan bahawa PKR Sabah berharap untuk menjalin kerjasama dengan parti-parti pembangkang lain untuk mencapai matlamat bersama dan aspirasi perjuangan ‘Satu Lawan Satu’ dengan Barisan Nasional( BN).

“Kami berharap untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti pada PRU lepas. Kami bersedia untuk duduk dan berbincang tentang perkara ini.

Beliau mengakui rakyat mahu melihat parti-parti pembangkang untuk bekerjasama pada pilihan raya umum akan datang, agar peluang lebih besar untuk pembangkang menang.

“Pintu kami sentiasa terbuka untuk rundingan walaupun untuk menukar kerusi.

Loading...
scroll to top