PKR Takkan Serah Kerusi pada pembangkang lain

pkr-parti-keadilan-rakyat.jpg

PKR tidak akan menyerahkan kerusinya kepada rakan pembangkang lain, tegas Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Ini kerana menurutnya ia adalah amanat daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai panduan kepada parti itu untuk berunding mengenai pengagihan kerusi PRU akan datang.

Jelas beliau, ia termasuklah kerusi kerusi yang hampir menang atau kalah tipis, juga tidak akan diserahkan kepada sesiapa.

“Anwar berpesan kepada parti, 30 kerusi Parlimen yang PKR sudah menang tidak boleh diserahkan langsung kepada sesiapa.

“Selain itu, kerusi yang PKR hampir menang atau kalah tipis juga tidak boleh diserahkan kepada sesiapa. Ini akan menjadi amanah kepada pimpinan bila masuk ke peringkat rundingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional parti.

Anwar ibrahim

Anwar ibrahim

Saifuddin dalam masa yang sama turut mencadangkan supaya semua calon parti yang terpilih mewakili parti dalam PRU supaya sanggup mengisytiharkan harta masing-masing.

“Saya kalau terpilih menjadi calon, bersedia untuk mengisytiharkan pendapatan saya. Pencen wakil rakyat, pencen ahli parlimen dan elaun dari kerajaan Pulau Pinang. Berapa simpanan tunai, berapa kereta saya ada. Saya bersedia.

“(Ia) supaya calon yang PKR tawarkan bukan sahaja bersih, tetapi kelihatan bersih. ‘Lebih putih dari warna putih’. Lebih tinggi moral dan wibawanya, lebih kuat keyakinan dan kepercayaan rakyat untuk beri sokongan kepada kita,” katanya. – BNBBC News

Loading...
scroll to top