Politik Sabah Dicemari Politik Kebencian

Berita-Politik-Sabah.jpg

Berita Politik negeri Sabah

Politik Kebencian di Sabah

Amat mendukacitakan apabila terdapat individu-individu yang gagal berhujah secara rasional dan ‘substantial’ atau berfakta tetapi hanya mahu  memburuk dan menghina seseorang yang menjadi sasaran kebencian pihak-pihak tertentu.

Pada hari ini jika kita meneliti kepada posting dan komen buruk yang sifatnya mencaci serta memaki hamun maka ia jelas menunjukkan semua itu adalah berasaskan politik kebencian.

Tidak keterlaluan jika ada yang mengatakan hal ini berpunca daripada tingkah laku ahli politik itu sendiri yang mengamalkan politik kebencian seperti suka memfitnah, mencaci maki dan adakalanya menunjukkan pemikiran ganas.

Politik seperti ini memberi kesan mendalam kepada pengikut dan penyokong mereka dan secara perlahan-lahan ia merebak seterusnya menjadi amalan dan ikutan mereka. Keadaan ini

Samaada golongan ini sedar atau tidak mereka sebenarnya telah menanamkan satu pemikiran politik yang tidak sihat dan merugikan negeri ini.

Komen berbaur politik kebencian komen bercanggah dengan etika dan adab sebagai seorang insan 

Komen berbaur politik kebencian komen bercanggah dengan etika dan adab sebagai seorang insan  – Pautan pada gambar jika mahu mengikuti perbincangannya di facebook  [KLIK SINI]

Apakah politik seperti ini mahu kita wariskan anak cucu kita di masa hadapan ? Tepuk dada tanya selera.

Sementara itu, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Haji Mulia melalui satu posting di facebook miliknya kelmarin turut mengingatkan pengikutnya serta rakan-rakan di media sosial supaya mengelakkan daripada mempolitikkan Isu agama, bangsa, budaya dan kenegerian. – Suara Masyarakat Sabah

Jangan di politikkan!
Isu agama; bangsa, budaya dan kenegerian jangan dipolitikkan!
Mengundang perbalaan.
Pendapat kamu tidak semestinya disetujui oleh umum.
Berpolitik mesti dipraktikkan dalam ruanglingkup sistem yg dipersetujui ramai. Bukan ikut kehendak atau kemahuan idealisme, ecapisme, persedirian atau kumpulan masing-masing.—PaMin Padila Mulia


Kritik untuk pembetulan

Hidup beradab tidak bermakna menjadikan kita manusia yang kaku sehingga tidak boleh mengkritik sesuatu yang wajar diperbetulkan. Islam juga mengajar umatnya membetulkan perkara yang tidak betul berlaku dalam masyarakat. Namun, ia harus dilakukan dalam lingkungan adab dan akhlak yang mulia. Ingat kehidupan ini bukan segala-galanya politik sehingga kematian seseorang itu pun kita mahu jadikan bahan politik.

Kesimpulannya, perbezaan politik tidak seharusnya menjadikan kita kehilangan adab sopan. Justeru, pemimpin politik harus betulkan keadaan ini dengan mengajar adab berpolitik kepada para pengikut mereka.

Loading...
scroll to top