PRBM Lulus Resolusi Ahlinya diberi Kerusi Parlimen dan DUN

PRBM-Lulus-Resolusi-Ahlinya-diberi-Kerusi-Parlimen-dan-DUN.jpg

TAWAU: Mesyuarat Agung Ke-4 Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM) telah meluluskan resolusi supaya pucuk pimpinan Umno memberi laluan kepada masyarakat Bugis untuk diberi kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presiden PRBM, Dato Samsul Alang Hamsah berkata, ia kerana majoriti pengundi di Kalabakan adalah masyarakat Bugis yang telah menjadi ahli dan penyokong setia kepada Umno.

Samsul berkata, masyarakat itu juga hendaklah diberi peluang untuk menjawat jawatan ketua kampung dan jawatan pengerusi JKKK kerana ketika ini pelantikan jawatan yang dilantik oleh wakil-wakil rakyat kepada masyarakat Bugis tidak seimbang.

“Masyarakat Bugis tidak diberikan peranan walhal masyarakat ini sejak dahulu lagi telah memberikan sokongan padu kepada calon-calon BN.

“Ini terbukti semasa pilihanraya umum ke13 (PRU13) yang lalu, tetapi setelah BN menang masyarakat Bugis dilupakan,” katanya.

“Bukan semua orang Bugis pendatang. Kebanyakannya sudah menjadi warganegara Malaysia dan sudah menjadi pengundi. Ada juga yang sudah menjadi Bumiputera (perkahwinan campur) sama seperti suku-suku lain. Oleh yang demikian, janganlah sentiasa bersikap dan berpandangan negatif terhadap masyarakat Bugis,” katanya.

PRBM ditubuhkan pada 25 Ogos 2011 telah mengadakan Mesyuarat Agungnya Kali Ke4 di Hotel Maco Polo, Tawau pada Ahad, 21 Mei 2017.

Samsul menyeru agar masyarakat Bugis dengan identitinya yang tinggi dengan adat, berbudi bahasa, rajin berusaha dan saling berkerjasama antara satu sama lain.

“Masyarakat Bugis khususnya ahli-ahli PRBM harus bersatu dalam menentukan hala tuju dan masa depan masyarakat ini. Demikian juga terhadap bangsa dan negara,” katanya, dan menggesa ahli-ahli PRBM supaya menghormati masyarakat lain dan menjaga keharmonian antara satu sama lain.

Dalam mesyuarat agung itu, Samsul menang tanpa bertanding sebagai Presiden PRBM.

Berikut adalah barisan kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang menang tanpa bertandng dan dipilih semula.

Dato Samsul Alang bin Hamsah (presiden), Tasman bin Matto (timbalan presiden), Dolar bin Yakin (naib presiden), Aziz bin Abd Seni (ketua pemuda), Murni binti Sulaiman (ketua wanita), Suniarti binti Rapi (setiausaha agung), Nur Ayni binti Ariffin (penolong setiausaha agung), Tahan bin Jamalu (bendahari agung) dan Hj Taufik bin Mohd Noor (ketua penerangan).

Sementara Ahli Majlis Tertinggi Hj Osman bin Tuyan, Akmar bin Dullah, Hj Mohamad Rais bin Harun, Hj Badru bin Husain, Dolar bin Yakin, Hj Rapi bin Madong, Hj Syamsuddin bin Aesong, Bahar bin Bacho, Idris bin Jeddu, Bakri bin Wakal, Saparullah bin Basarullah, John Rohmanto bin Joni, Ustaz Hairuddin bin Mohd Arif, Kamaruddin bin Mohd Chingki, Hj Asdam bin Sakka, Hj Barli Pasdi bin Pasadai, Sahara bin Ramling, Sitti Noor Hayati binti Abdul Rachman, Nilmiah binti A.Rahim, Masnah binti Bacho, Bahariah binti Abdul Rasyid dan Norbaya binti Pangeran.

Pihak pemimpin diseru agar peka terhadap masyarakat Bugis dan tidak pilih kasih dalam memberikan jawatan lantikan politik.

Kita semua adalah serumpun, walaupun berbeza agama dan bangsa.

‘Bugis Tetap Bersatu, Maju dan Terus Maju’.

Loading...
scroll to top