PRK Tanjong Datu: Calon Pembangkang Hilang Deposit

PRK-Tanjong-Datu-Calon-Pembangkang-Hilang-Deposit.jpg

CALON BN Dun Tanjong Datu, Pun Sri Jamilah Anu bersama pemimpin- pemimpin tertinggi Barisan Nasional Sarawak hadir untuk menyaksikan keputusan Pilihan Raya Kecil Dun N03 Tanjong di Dama Jaya. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

LUNDU: Barisan Nasional (BN) menang bergaya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu dengan faktor ‘Semangat Adenan’ menjadi pendorong utama kejayaan besar itu.

Calon BN, Puan Sri Jamilah Anu yang juga balu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, memperoleh 6,573 undi dengan kelebihan majoriti 6,443 undi.

Kemenangan Jamilah diisytiharkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Hamsien Atar pada jam 7.57 malam tadi. Malah, jumlah majoriti lebih besar berbanding majoriti 5,892 diperoleh arwah suaminya dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), 7 Mei tahun lalu.

Kejayaan BN turut menyaksikan calon pembangkang, Rapelson Richard Hamit dari Parti Bansa Dayak Sarawak Baharu (PBDSB) dan Johnny Aput dari Parti Reformasi Negeri (STAR), masing-masing hanya mendapat 130 undi dan 108 undi, sekali gus menyaksikan kedua-duanya hilang deposit.

Loading...
scroll to top