Projek KKLW di Sabah, Kerajaan Negeri Tidak Pernah Dimaklumkan

berita politik negeri sabah terkini

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak pernah dimaklumkan mengenai projek dibawa ke negeri itu oleh bekas menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) terdahulu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata penjelasan perlu diberi berikutan timbul isu mendakwa kerajaan negeri tidak membuat penyeliaan ke atas projek dilaksanakan di Sabah, termasuk berkaitan bekalan air.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan projek yang akan dilaksanakan oleh kementerian atau agensi Kerajaan Persekutuan di mana-mana negeri, akan dimaklumkan oleh menteri atau wakil kementerian.

[quote font=”georgia” font_size=”18″ color=”#e5e5e5″ bgcolor=”#dd3333″ align=”left”]”Bagaimanapun, saya ingin tekankan selama menjadi menteri KKLW sebelum ini, tidak pernah sekali pun bekas menterinya datang berjumpa saya memberi taklimat atau memberitahu berkenaan projek dibawa ke negeri ini. Tidak pernah sekali pun walau saya pernah berulang kali meminta dimaklumkan.

“Jika ini adalah cara menghina saya sebagai Ketua Menteri, apa boleh buat, saya terima.[/quote]

“Bagaimanapun, apa yang buat saya marah ialah apaila wang berbilion ringgit diberi Kerajaan Persekutuan tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Apabila saya turun padang ke kampung, penduduk masih memaklumkan mengenai masalah air, elektrik dan jalan,” katanya menjawab soalan Datuk Wilfred Bumburing (Parti Cinta Sabah-Tamparuli) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Terdahulu, soalan asal dikemukakan Datuk Lajim Ukin (Harapan-Klias) mengenai pihak yang memberi kuasa kepada Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah untuk meluluskan tender infrastruktur air di negeri itu.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, jutaan ringgit dibelanjakan melalui KKLW sebelum ini untuk projek air tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat Sabah, termasuk projek yang tidak siap.

“Ini baru air, belum lagi jalan raya dan elektrik. Ini yang berlaku sebenarnya, ini bukan fitnah. Kenapa kami tidak dimaklumkan sedangkan KKLW adalah kementerian penting di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Jawapan Lisan Ketua Menteri Berhubung Isu Jabatan Air
Jawapan Lisan Ketua Menteri Berhubung Isu Jabatan Air 

[button color=”blue” target=”_blank” icon=”enotype-icon-video”]Tonton Video[/button] Jawapan Ketua Menteri Sabah Berhubung Isu ini

Dikemaskini pada 23/11/2016, 11:34

Loading...

Leave a Reply

arrow