Rakyat Pilih Hadiri Program UMNO

Bukan-Disebabkan-Kerajaan-Negeri-Ramlee-Marhaban.jpg

Ramlee Marhaban

KOTA KINABALU: Kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan menuding jari kepada Umno dan mendakwa mensabotaj aktiviti jelajah Warisan, dianggap satu tuduhan liar dan tidak berasas sama-sekali.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Semporna Datuk Ramlee Marahaban, berkata kegagalan sambutan program jelajah Warisan di beberapa kawasan di negeri ini adalah bukti kesetiaan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Malah, tegas Pembantu Menteri Kewangan negeri itu, pembangkang perlu akur bahawa parti mereka tidak mendapat tempat di hati rakyat Sabah.

“Ingin saya nyatakan di sini bahawa Umno tidak pernah sesekali melakukan sabotaj ke atas aktiviti pembangkang, sebaliknya prinsip kita adalah turun padang bertemu rakyat.

“Oleh itu, sekiranya masyarakat lebih memilih untuk hadir ke majlis yang dianjurkan Umno berbanding pembangkang, maka mereka perlu akui dan sedar diri bahawa pembangkang tidak mendapat tempat di hati rakyat,” katanya mengulas kenyataan yang disiarkan akhbar tempatan.

Pada Rabu, sebuah akhbar melaporkan Shafie sebagai berkata, Warisan kini semakin popular dalam kalangan rakyat negeri ini hingga menimbulkan kebimbangan kepada Umno.

Beliau turut mendakwa kebimbangan itu dilihat melalui program-program yang dianjurkan Umno dengan tujuan untuk mensabotaj aktiviti Warisan di sesuatu kawasan.

Dalam pada itu, Ramlee berkata kenyataan Shafie yang kononnya mahu menstruktur semula Yayasan Sabah dan menukar pemberian geran komunal kepada geran persendirian disifatkan sebagai satu kenyataan lucu.

[quote color=”#0c0c0c” bgcolor=”#eaeaea”]

Ia kerana, jelasnya, pada tahun 1994, Shafie merupakan antara individu yang cuba `meruntuhkan’ kejayaan Yayasan Sabah melalui penyenaraian secara tidak telus. Ketika itu, Shafie menggunakan sebuah syarikat untuk menyenaraikan secara tidak telus.

“Apabila beliau (Shafie) bercakap mahu menyusun semula Yayasan Sabah, kita terpanggil untuk membetulkan perkara ini.

“Beliau merupakan individu yang cuba mengambil kesempatan ‘memporak-peranda’ pentabiran Yayasan Sabah. Pada hari ini, Yayasan Sabah telah maju di bawah pentadbiran kerajaan BN di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman,” katanya.

[/quote]

Jelasnya Yayasan Sabah dan geran komunal adalah insiatif Ketua Menteri agar rakyat Sabah terbela kerana apabila memiliki geran komunal, banyak pembangunan dapat disalurkan.

“Dulu, memang diakui diberikan geran tanah persendirian, tetapi tanah itu dijual untuk mengaut keuntungan tanpa mementingkan tanah itu boleh meningkatkan ekonomi pemilik itu jika diusaha dengan baik,” katanya.

Ramlee berkata konsep geran tanah komunal merupakan langkah proaktif kerajaan negeri menangani masalah kemiskinan di Sabah, serta melindungi kebajikan rakyat negeri ini dan mengelak penjualan tanah anak negeri secara berleluasa.

Katanya pendekatan itu juga dilihat sebagai satu langkah berkesan untuk menangani isu-isu berkaitan pemilikan tanah.

Tun Dr. Mahathir Mengaku Beri IC ?

Loading...
scroll to top