Retorik Parti Warisan Sabah

Keangkuhan Parti Warisan Sabah (PAWAS) yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Apdal, ahli parlimen Semporna yang juga bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah (KKLW) yang digugurkan dari senarai menteri kabinet pada Julai tahun lalu jelas kelihatan dengan kenyataan retoriknya mendakwa ramai ahli parti komponen keluar dan menyertai Parti Warisan Sabah di Keningau baru-baru ini.

Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Haji Sairin Karno menafikan kemasukan seramai 2,300 ahli Umno Keningau ke dalam Parti Warisan Sabah (Warisan) pada ahad lepas.

Beliau mengulas laporan akhbar UTUSAN BORNEO, bertarikh 10/01/2017 berhubung dakwaan PAWAS iaitu seramai 2,300 ahli Umno Keningau telah menyertai Parti Warisan.

Dalam laporan tersebut, borang keahlian baru itu diserahkan oleh bekas ahli Umno, Dato Awang Jasrin Jait kepada Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal di majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu sempena siri Jelajah Warisan di Kampung Kauran di Keningau.

“Saya menafikan bahawa tidak ada ahli Umno yang telah meninggalkan parti dan menyertai Warisan seperti yang didakwa oleh segelintir bekas ahli Umno yang kecewa,” memetik satu kenyaatan beliau kepada Utusan Borneo.

Sairin menjelaskan bahawa setakat ini tidak ada seorang ahli Umno Keningau yang meletakkan keahlian mereka. Bahkan ahli parti di bahagian Keningau terus setia terhadap perjuangan Umno pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

“Beberapa ketua cawangan Umno dan ketua Pusat Daerah Mengundi di kawasan Liawan telah memaklumkan kepada saya bahawa tidak ada ahli di cawangan masing-masing yang keluar daripada Umno.

Ini hanya tindakan beberapa ahli Umno yang tidak mendapat tempat dalam Umno dan hanya mengejar jawatan serta kepentingan peribadi yang keluar dari Umno menyertai Warisan untuk mendapat tempat dalam kepimpinan Warisan di kawasan Keningau,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Umno Bahagian Keningau Amir Jani turut menafikan penyertaaan ahli Umno ke dalam parti Warisan kerana tidak terdapat ahli Umno di cawangan- cawangan di bahagian ini yang keluar parti.

“Saya sendiri sudah menyiasat beberapa ketua cawangan Umno di kawasan Liawan dan ternyata memang tidak wujud ahli Umno menyertai Warisan,” katanya.

Ketua Cawangan Umno Limbawan Rosdi Razalie turut menafikan kemasukan 2,300 ahli Umno ke dalam Warisan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Keningau dan Ketua Penyelaras Pusat Daerah Mengundi Patikang Laut berkata melalui siasatan ke atas ketua-ketua cawangan, tidak ada ahli Umno yang telah mengisi borang keahlian Warisan.

Dalam perkembangan lain, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) turut mengesahkan tiada ahli parti itu menyertai Parti Warisan baru-baru ini. [button link=”http://suarasabah.com/politik/pbrs-sahkan-tiada-ahli-sertai-warisan/” icon=”momizat-icon-tag”]Baca Selanjutnya[/button]

Terdahulu Parti Warisan turut mendakwa hal yang serupa iaitu penyertaan beramai-ramai ahli baru yang keluar daripada parti asal mereka untuk menyertai Warisan tetapi turut dinafikan termasuk oleh adik kepada Presiden PAWAS.

Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal menafikan dakwaan 25 ketua cawangannya menyertai Parti Warisan Sabah yang diketuai abangnya, bekas Naib Presiden Umno yang digantung keahliannya sebelum memilih sendiri untuk keluar dari UMNO. [button link=”http://suarasabah.com/politik/yusof-apdal-nafi-25-ketua-cawangan-umno-sertai-warisan/” icon=”momizat-icon-tag”]Baca Selanjutnya[/button]

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Semporna, Datuk Ramlee Marahaban menafikan dakwaan kira-kira 8,000 (ahli dari 319 cawangan Bahagian Semporna) keluar menyertai Parti Warisan. [button link=”http://suarasabah.com/politik/tidak-benar-dakwaan-8000-ahli-umno-semporna-keluar-parti/” icon=”momizat-icon-tag”]Baca Selanjutnya[/button]

Bagi sebuah parti yang baharu didaftarkan tahun lalu tetapi memiliki nafsu besar duduk menjadi kerajaan seperti Parti Warisan tidak mustahil bagi mereka untuk membuat apa sahaja provokasi yang mengelirukan orang ramai demi untuk kepentingan mereka.

Isu MyKad Sabah: Shafie Pertahan Tun M ?
Isu MyKad Sabah: Shafie Pertahan Tun M ?
Loading...

Leave a Reply

arrow