Saya tak boleh bercakap besar, serahkan pada rakyat Semporna

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tidak gentar berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ramlee Marahaban di Parlimen Semporna di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mohd Shafie berkata, beliau yakin dengan sokongan rakyat Semporna yang dahagakan perubahan kepimpinan kepada kerajaan yang baharu dan mampu menjaga kebajikan rakyat amnya dan hak negeri Sabah khususnya.

Menurutnya, kenyataan Ramlee yang mendakwa beliau akan berjuang habis-habisan tidak ‘menggerunkan’ Mohd Shafie sekali gus menjejaskan perjuangan Warisan kerana rakyat Semporna tahu memilih pemimpin yang terbaik untuk daerah itu.

“Serahkan kepada rakyat Semporna kerana mereka mempunyai kuasa untuk menentukan, saya tidak boleh cakap besar.


APA KATA WARGA SEMPORNA


“Rakyat Semporna mempunyai kuasa untuk memilih wakil rakyat bagi mewakili mereka bukan hanya di parlimen malah di peringkat Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis pelancaran manifesto Warisan dan pengumuman calon warisan di PRU-14, di Kota Kinabalu di sini.

Berita Berkaitan:

Loading...

Leave a Reply

arrow