Sejauhmana Tun Mahathir berjaya melawan Propoganda ciptaannya ?

OLEH: Musli Oli

Tun Mahathir dikenali sebagai seorang yang bijak mencipta slogan dan propaganda. Di peringkat antarabangsa dia cuba menggambar imej sebagai ‘hero’ Negara Dunia Ketiga ketika berdepan dengan pemimpin2 Barat. Sewaktu krisis dengan Thatcher, lahirlah slogan ‘Buy British Last’. Slogan yang boost imejnya sebagai pemimpin yang berani dari kalangan pemimpin negara Commonwealth lain yang pernah dijajah Britian. Selain forum Commonwealth, Tun Mahathir menggunakan forum2 antarabangsa lain sebagai gelanggang untuk mengkritik pemimpin dan dasar negara2 Barat termasuk Amerika dan Australia.

Presiden Duterte dari Filipina cuba meniru Mahathir untuk mendapat perhatian antarabangsa. Seperti Mahathir, Duterte bukan sahaja mendapat perhatian dunia malah menguatkan kedudukan politiknya dalam negara. Kedua-dua pemimpin itu dianggap berjaya mencapai matlamat masing2 kerana kuasa2 besar tidak pernah bertindak balas terhadap Malaysia atau Filipina, baik dari segi politik mahupun sekatan ekonomi. Ini kerana Malaysia dan Filipina tidak pernah dianggap sebagai ancaman kepada blok Barat, sebaliknya sebagai sekutu Barat yang friendly.

Kejayaan diperingkat antarabangsa sesungguhnya memperkukuhkan status Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin de facto dalam negara. Jika ada yang mempersoal tindak tanduk politiknya, orang itu kerap menerima padah. Baik pemimpin itu daripada parti pembangkang mahupun daripada parti Umno dan BN itu sendiri. Nama-nama tersebut terlalu panjang untuk disebut satu persatu dalam catatan pendek ini.

Di Sabah, Tun Mahathir dianggap seorang ‘pembuli’. Hampir semua pemimpin Sabah pernah dibulinya termasuk Tun Mustapha, Tan Sri Harris, Tan Sri Pairin, Datuk Seri Dr Salleh Said dan ramai lagi. Namun tiada siapa berani mencabar Tun Mahathir ketika itu. Kata2nya adalah kuasa. Senyuman sinisnya adalah hukum.

Untuk pertahan kuasa dalam parti selama lebih 20 tahun, Tun Mahathir kerap mengubah dasar Umno. Tentangan daripada Tengku Razaleigh merupakan cabaran pertama dan terakhir. Selepas itu Umno itu adalah milik peribadi Tun Mahathir setelah Umno asal diharamkan pada 1988.

Dalam catatan terbarunya Mahathir mengakui dia yang mempersetankan DAP. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan Tunku, Tun Razak dan Tun Hussien. Itulah propoganda politik Tun Mahathir untuk meyakinkan orang Melayu dan bumiputera menentang DAP. Itulah propaganda untuk kekalkan majoriti 2/3. Pemimpin2 utama parti itu termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh pernah merengkuk dalam penjara sebagai satu mesej kepada rakyat bahawa DAP itu merbahaya.

Persoalannya dapatkah propoganda 22 tahun terhadap DAP itu dapat diperbetulkan (undo) dalam tempuh 1-2 tahun?

Mahathir mungkin tidak mendapat tentangan dari Amerika, Britian, dan Australia semasa dipuncak kuasa. Beliau juga tidak dicabar hebat sewaktu krisis dengan Tun Abdullah dan KJ. Tun Abdullah membuat keputusan ‘mengalah’ atas dasar hormat kepada Tun Mahathir .

Pada mulanya tiada tanda2 PM Najib retaliate terhadap desakan2 Tun Marathir. Najib datang ke rumah Tun menyerahkan semula keahlian Umnonya. Namun, bila kritikan2nya semakin keras dan terbuka, PM Najib bertindak balas. Barangkali sekarang baru Tun Mahathir sedar dia bukan lagi berdepan dengan Tunku atau Pak Lah. Bukan juga Thatcher, Bush atau Keating…..

Hakikatnya Tun Mahathir adalah seorang Machiavellian yg belum pernah tercabar seperti cabaran yg dihadap sekarang…

Loading...
scroll to top