Shafie Apdal Bukan Pelopor UMNO Sabah

datuk-seri-shafie-apdal.jpg

datuk seri shafie apdal

Antara pemimpin Umno Sabah yg bertanding atas tikit USNO setahun sebelum kemasukan Umno pada pilihan raya negeri 1990 termasuklah Datuk Seri Musa Aman, Datuk Yahaya Husin, Datuk Hajiji Hj Nor, Datuk Rahim Ismail, Datuk Karim Bujang, Datuk Hj Musbah Jamli, Datuk James Ghani, Datuk John Ghani dan lain2.

Pemimpin lain yg telah meninggal dunia atau telah bersara termasuk Tun Mustapha, Tun Sakaran Dandai, Datuk Railey Jeffrey, Datuk Manan Jakasa, Allahyarham Piting Ali, Allahyarham Datuk Aklee Abas dan lain2. Barisan pemimpin Usno inilah yg kemudiannya menjadi pemimpin2 kanan Umno di Sabah. Tiada nama Shafie Apdal dalam senarai calun USNO.

Nama Shafie Apdal juga tiada dalam senarai calun Umno pada pilihan raya negeri tahun 1994 semasa Umno pertama kali bertanding dibawah BN menentang PBS.

Antara calun2 Umno ialah Datuk Seri Musa Aman, Datuk Seri Dr Salleh Said, Yahaya Husin, D Hajiji, D Rahim Ismail, Karim Bujang, dan lain2.

Memang benar, Shafie adalah diantara pemimpin terawal tetapi dia bukan pelopor Umno Sabah seperti di dakwa penyokong2nya. Dia bukan pemimpin dibarisan hadapan Umno Negeri diawal kemasukan parti itu. Namanya tiada dalam senarai Badan Perhubungan Penaja Umno Sabah yg diketuai Tun Ghaffar Baba dan Tun Mustapha.

Namanya juga tiada dalam senarai 20 ketua-ketua penaja bahagian. Malah pemimpin seperti Datuk James Ghani dan Datuk Karim Ghani lebih berhak dianggap pelopor Umno kerana masing2 pernah dilantik menjadi ketua penaja Bahagian Penampang dan Pensiangan.

Manakala di peringkat sayap, Pemuda Umno Sabah yg pertama ialah Datuk Railey Jeffrey bukan Datuk Shafie. Bekas Naib Presiden Umno itu hanya bertanding pada PRU 1995 setelah Tun Sakaran bersara dan menjadi TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah.

Shafie dipilih bertanding kerusi Parlimen Semporna menggantikan Tun Sakaran. Beliau berjaya mempertahankan kerusi itu pada PRU 2013 atas tikit Umno-BN. Tidak dinafikan Shafie seorang pemimpin yg berpengalaman dan berpengaruh semasa dalam Umno.

Loading...
Musli Oli

Musli Oli

Penulis Politik Bebas. Saya Menulis Untuk Rakyat BUKAN Untuk Mana-mana Parti Politik. "Dilema Sabah" Buku Tulisan Untuk Memberi Kesedaran Kepada Semua.

scroll to top