Shafie Apdal – Ketua Menteri Atau Timbalan PM ?

Shafie-Apdal-mahathir-dan-muhyiddin.jpg

Shafie Apdal - fail

Shafie Apdal bakal jadi King Maker. Matematik yg mudah. Jika ditakdirkan parti yg diketuai Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) memperolehi kerusi majoriti dalam pilihan raya DUN Sabah, dia akan dilantik Ketua Menteri Sabah yangg ke-15.

Itu matlamat pertama DSSA menubuhkan parti tempatan Sabah [ Parti Warisan Sabah ] bukan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (PPBM) walau ditawar jawatan no. 2 dalam parti.

Jika itu tidak berlaku, dan parti yang diketuai Shafie gagal mengatasi BN Sabah, bekas Naib Presiden UMNO itu masih berpeluang dan berperanan sebagai King Maker di peringkat parlimen, jika partinya dan parti-parti yg bersekutu dengan parti Shafie memperolehi jumlah kerusi parlimen yg signifikan dalam PRU akan datang.

Shafie Apdal – Ketua Menteri Atau Timbalan PM ?

Strategi yang sama pernah digunakan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pairin pada PRU 1990.

Strategi PBS ketika itu mudah. PBS keluar dari BN pada saat akhir dengan harapan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang diketuai Semangat 46 akan menggugat BN di peringkat parlimen.

Pairin meramal kemungkinan besar akan berlaku ‘hung parliament’ dan 14 kerusi parlimen yang dimenangi PBS akan menentukan parti mana akan memerintah di peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun ia tidak berlaku. BN telah memperolehi kemenangan 2/3. Sungguhpun Pairin masih kekal Ketua Menteri Sabah, PBS menjadi parti pembangkang di peringkat Persekutuan.

Shafie mempunyai strategi yg hampir sama. Partinya dan sekutu partinya akan bertanding semua kerusi-kerusi DUN, tetapi parti Shafie tidak bertanding semua kerusi parlimen.

Sebaliknya fokus kepada beberapa kerusi target sahaja. Mungkin kurang daripada 10 kerusi yg partinya berpeluang untuk menang termasuk Semporna dan Penampang.

Dalam PRU nanti, Shafie harapkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (PPBM) dan Pakatan Harapan akan gugat kawasan BN dan berlaku hung parliament.

Jika ia berlaku Shafie akan menentukan siapa kerajaan dan tentu sekali dia berpeluang jadi Timbalan Perdana Menteri sebagai syarat menyokong parti yang jadi kerajaan.. – Suara Masyarakat Sabah

 

Loading...
Musli Oli

Musli Oli

Penulis Politik Bebas. Saya Menulis Untuk Rakyat BUKAN Untuk Mana-mana Parti Politik. "Dilema Sabah" Buku Tulisan Untuk Memberi Kesedaran Kepada Semua.

scroll to top